Pelakon yang juga usahawan iaitu Wawa Zainal antara selebriti yang turun padang dan memberi bantuan. Isteri kepada Aeril Zafrel ini dilihat sanggup meredah banjir demi memberi bantuan kepada mereka yang terkena dengan banjir.
Namun yang menjadi persoalan dari netizen ialah mengapa Wawa Zainal sendiri perlu hadir sedangkan dirinya masih lagi dalam fasa berpantang.
Jika diiimbas, Wawa Zainal belum sampai sebulan lagi sejak melahirkan anak keempatnya pada 30 November yang lalu.
Ini sekaligus membuatkan sesetengah netizen mempersoalkan tindakan pelakon popular berkenaan.
Wawa mula membantu penduduk di Puchong Selangir, pada hari Jumaat lepas ketika dirinya baru 24 hari bersalin. Ada beberapa story yang dimuatnaik menunjukkan Wawa turun padang.
Ada mengatakan perlukah Wawa yang datang sendiri sampai kena redah banjir walhal ada ramai staff yang boleh hantarkan sumbangan. Ini antara komen dari netizen yang kurang setuju dan terus persoalkan tindakan Wawa itu.
Wawa Zainal mengatakan dia hadir dan meredah banjir sebab nak tengok sendiri keadaan orang ramai yang terkesan dengan banjir.
Jelasnya Aeril Zafrel juga sudah beri green light dan membenarkannya datang ke sana.
“Saya turun padang kerana nak rasa pengalaman dan tengok dengan mata sendiri keadaan masyarakat yang telah kena ditimpa banjir.”
“Tak ada apa yang perlu dirisaukan kerana saya ni masih lagi jaga pantang. Dan suami pun dah beri restu tindakan saya.”
Kata Wawa lagi, dia lihat ada banyak penduduk yang memerlukan bantuan terutama barang-barang seperti tilam, bantal dan pampers.
“Jika bab makanan, mereka dah dapat banyak bantuan, tetapi lebih dari memerlukan tilam dan bantal contohnya.”
Wawa Zainal aku, dia dapat rasa apa yang dilalui mereka semua itu merupakan ujian yang amat berat dan amat meruntun hatinya.