Ellie Suriaty tahu apa yang terjadi, dedah Farid Kamil dianiaya

4,146 views

Ellie Suriaty, 53 tahun, telah membuat satu pendedahan bahawa dia sebenarnya tahu cerita di sebalik sejarah hitam yang pernah melanda Farid Kamil. 

Ini merupakan detik yang mana Farid Kamil, 41 tahun, bertindak di luar batasan kerana mengambil barang terlarang. 

Malahan ketika itu, Farid Kamil turut didapati bersalah dan telah dipenjarakan. 

Ini komen dari Ellie Suriaty seperti yang dilaporkan portal Getaran.  

“Saya tahu apa yang Farid Kamil lalui semasa kes dia ditangkap dulu tu. Sebagai seorang kakak, saya pernah tanya kat dia apa yang terjadi.” 

“Farid kemudian bercerita benar tentang kejadian itu. Jelasnya, secara berterus-terang bahawa dirinya telah dianiaya oleh rakan-rakannya sendiri.” 

“Ketika kejadian hitam itu terjadi, Farid telah dihubungi untuk berjumpa dengan rakan-rakannya. Ada satu waktu tu dia perasan rokoknya telah tertinggal dalam kereta.” 

“Semasa dia nak kembali ke keretanya untuk ambil rokoknya, rakan- akan kata tak payah ambil rokoktu. Ambil sajalah rokokyang ini yang dimiliki oleh rakannya.” 

Farid Kamil kemudian mengikut kata rakannya itu makan bermulalah kisah hitamnya.  

“Kemudian apabila dia hisap, dia rasa pening luar biasa dan benda itu ada kandungan barang terlarang jenis flakka.”  

“Farid memang tak sangka lah yang rakannya sendiri buat macam tu. Menikamnya dari belakang.” 

Ellie Suriaty menjelaskan bahawa memang ada rakannya yang mahu menjatuhkan Farid. 

“Rupanya, mereka memang ada yang mahu menjatuhkan kredibilitinya. Malahan isterinya Diana Danielle ketika itu amat teguh bersama Farid.”  

“Dah tentu kerana Farid telah dianiaya. Tetapi, atas undang-undang dunia ini, Farid Kamil didapati bersalah sampaikanlah terpaksa jalani hukuman dipenjara.” 

Ellie Suriaty menjelaskan Farid Kamil telah berubah di dalam penjara. 

“Ketika berada dalam penjara, Farid telah berhijrah. Dia terima qada dan qadar yang ditulis Illahi.”  

“Dia hanya reda dan bersyukur, malah membaca Quran setiap hari di penjara. Dia mula dalami ilmu agama dan dekatkan diri pada Yang Maha Esa.” 

“Lepas dah berhijrah tu, dia pun ada ajak isteri sama-sama bersolat jemaah dan dia imamkan untuk family dia.”  

“Farid juga ada panggil guru agama untuk ajar anak-anak mengaji di rumah. Farid dan Diana pun bersama sama belajar ilmu agama.” 

“Kerana itulah, saya ada cakap dia berpegang pada tali ajaran Allah, adakah netizen tahu semua hal itu? Boleh tanya pada Farid dan Dee.” 

Itulah sedikit sebanyak cerita dari Ellie Suriaty tentang kisah hitam yang melanda Farid Kamil.