Emak asyik termenung bila nak berbuka, teringat arwah Abam

2,319 views

Adik kepada arwah Abam Bocey iaitu pelawak Ali Puteh telah mendedahkan keadaan keluarganya terutama keadaan ibunya yang menyambut kedatangan bulan Ramadhan tanpa Abam yang disayangi. Ali menceritakan ibunya iaitu Sabariah Arshad selalu sahaja termenung dek kerana rindu dengan Abam walaupun dah dua bulan pelawak berkenaan pergi buat selamanya.

Jelas Ali dia memang faham bahawa ibunya selalu teringat dengan arwah Abam dan bila mahu berbuka puasa, ibunya dilihat selalu termenung. Ini komen Ali.

“Tiap kali nak berbuka puasa, mak pasti akan termenung. Sebenarnya nukan mak saja, kami sekeluarga pun amat rindu dengan arwah terutama pada bulan Ramadan yang mulia ini.

“Sebelum ini, tiap kali bulan Ramadan datang, kami semua adik-beradik akan kumpul kat rumah arwah untuk berbuka puasa. Kebetulan pula masa itu, mak tinggal dengan abang. Bila dah berkumpul ramai, dah tentu rasa akan kemeriahannya.

“Akan tetapi, itu hanya tinggal kenangan saja. Pada tahun ni, memang rasa amat lain dan janggal sebab dah kurang seorang dalam ahli keluarga kami. Bila tiba waktu nak berbuka, bagaikan terbayang arwah ada dengan kami.

“Tengok mak yang selalu termenung, bertambah lagi sedih. Apa yg boleh saya kata kat mak hanyalah minta dia doa akan kesejahteraan arwah dan selalu redha dengan segala yang dah berlaku”

Dalam pada itu, jelas Ali Puteh kesihatan ibunya, sejak arwah Abam pergi, dilihat makin merosot.

“Jika sebelum ni, mak ada masalah kaki sampai kena bedah. Sekarang, sakit lama dah datang semula. Kaki mak jadi bengkak sampai sekarang kena duduk kat kerusi roda.

“Selain itu, penglihatan mak juga dikatakan dah jadi kabur sebab kornea ada masalah. Kalau ikutkan, mungkin sebab dia selalu je nangis lepas ketiadaan arwah.

Cerita Ali lagi, antara kenangan Ramadhan ialah, sebelum ini dia adik beradik selalu tolong family niaga kat Bazar Ramadan Taman Samudera, Gombak, dan ini dibuat sejak zaman sekolah lagi.

“Banyak hal terjadi masa saya dan arwah Abam tolong mak berniaga dulu. Ingat lagi masa paling sedih bila hujan lebat semua makanan tidak habis dijual. Lepas tu, kami sedekah kat masjid terdekat. Masa tu modal RM500, tapi disebabkan hujan kami terpaksa kena tanggung kerugian. Itulah lumrah berniaga.”

Kata Ali lagi selepas dia dan arwah Abam dah jadi pelawak, setiap tahun mereka berdua akan sedekahkan bubur lambuk untuk orang ramai.