“Emak mertua saya sediakan shisha lepas nikah” Hisap shisha rutin Ramona Zamzam

4,068 views

Ramona Zamzam sebelum ini telah pergi bercuti di sebuah pulau di Johor. Memang banyak gambar yang dimuatnaik oleh Ramona sepanjang percuitian di pulau berkenaan. Boleh kata memang cantik pulau itu, dan ramai yang tak tau keindahan pulau berkenaan.

Dalam banyak-banyak gambar Ramona dan suami sedang bercuti, ada satu gambar yang telah jadi viral.

Gambar itu menunjukkan pelakon ini asyik menghisap hookah atau kat Malaysia ni terkenal dengan nama sheesha.

Ianya telah menerima kritikan kerana agak kurang manis seorang bergelar ibu untuk hisap hookah apatah lagi ditayang secara public.

Ini gambar serta caption oleh Ramona Zamzam: “Sabarlah, ini kali terakhir nak sheesha di tepi pantai. Lepas ni nak pulang ke Kuala Lumpur dah”.

Melihat di ruang komen, ada netizen yang meluahkan rasa kurang setuju melihat aksi Ramona Zamzam seperti itu.

Ini antara yang ditulis di komen: “Buruk betuk tengok hisap sheesha tu. Apa yang nak bangga sangat hisap benda tu”.

Sebagai seorang pelakon, ini mungkin boleh memberi sedikit impak kepada follower terutama para remaja lain yang sedang tinggi sifat ingin tahu nya.

Pelakon berumur 30 tahun ini ada penjelasannya tentang isu ini. Ini komennya.

Saya mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki warga Palestin. Untuk perhatian, hisap sheesha ini dah pun jadi rutin dalam kehidupan kami“.

Malah, emak mertua saya juga ada sediakan sheesha selepas kami selesai bernikah. Bahkan kakak ipar saya akan datang ke rumah saya untuk hisap shisha jika suaminya keluar pergi kerja”.

Katanya, dia bukanlah nak berbangga hisap hookah tu tapi tu adalah aktiviti seharian dia. Malahan Ramona juga tak paksa orang lain nak suka atau ikut apa yang dia buat.

Ramona zamzam hanya nak tunjuka gambar percutiannya kepada peminatnya sahaja.

Kini dah 5 tahun Ramona Zamzam berkahwin dengan Rami Alashkar. Mereka mempunyai seorang anak perempuan.