Isu rumah tangga pelakon Nadia Brian kini menjadi bualan ramai. Suaminya Muizz nasruddin telah bertekad membukan sedikit cerita dengan mendedahkan bahawa Nadia Brian ada berlaku crang di belakanganya.
Bukan dengan seorang lelaki namun dengan dua orang lelaki yang lain. Dakwaan dari Muizz itu membuatkan ramai pihak mahu mendengar penjelasan dari Nadia Brian.
Bila dihubungan pihak media, akhirnya Nadia Brian menulis reply dan mengatakan dia tak nak lah ceritakan kisah aib mana-mana pihak tentang isu melibatkan perkahwinnya itu.
“Emak saya ada beri pesan agar jangan nak aibkan sesiapa. Saya tak mahu cerita lanjut dan lebih panjang berkenaan isu ini sebab amat peribadi, takut-takut nanti akan timbul fitnah”.
Tambah pelakon ini, dia meminta agar orang ramai dapat doa yang baik-baik saja untuk mahligai yang belum pun sampai setahun usianya.
“Saya minta semua doa yang terbaik untuk kami berdua. Saya tak suka nak cerita hal peribadi kat media secara terbuka. Apa yang suami saya, Muizz nak cakap tu, tidak mengapalah. Kami berdua ni kahwin belum pun sampai satu tahun. Malahan proses kami berkenalan dan kenali hati budi sesame sendiri pun tidak lama, tak macam pasangan lain.
Pelakon ini juga sempat berkata bahawa isu perkahwinan antara mereka ini adalah satu isu kecil yang tak perlukan perhatian apatah lagi kini adalah masalah negara yang lebih besar seperti wabak corona.
“Isu tentang diri saya ini adalah satu isu kecil, apa yang lebih penting adalah masalah dunia yang sedag berlaku sekarang ini.
“Dah tentu paling kita risau adalah kes positif wabak yang naik secara mendadak. Saya minta kita semua ikut SOP dan jaga jarak antaar satu sama lain untuk hentikan penyebaran virus ini”.
Itulah sedikit perkongsian dari Nadia Brian yang ternyata tak mahu menambah lagi bara dalam isu yang sedang panas ini.