Kalau dah mengandung tu, seseorang wanita boleh rasa nak mengidam sesuatu. Selalunya bab makananlah kan. Tiba-tiba nak rasa sup kambing walhal sebelum ini tak pernah pun nak makan kambing, itu adalah antara contohnya.
Boleh cakap, ramai bakal ibu yang alami hal ini dan mengatakan ini adalah pembawakkan budak yang berada dalam kandungan.
Orang tua dulu pesan, kena tunaikan kehendak ibu yang mengandung kalau mengidam sesuatu. Logiknya, jika hajat ditunaikan, mungkin ini dapat membuatkan si ibu happy dan membuatkan diri kurang rasa tekanan.
Okeylah berbalik tentang pasangan selebriti dari negara seberang Indonesia, iaitu Irwansyah dan Zaskia Sungkar. Pasangan ini kini sedang menantikan kehadiran anak pertama mereka setelah 10 tahun mereka berumah tangga.
Setelah Zaskia disahkan hamil, Irwansyah dilihat betul-betul menjaga kebajikan isterinya itu. Sebelum ini irwansyah terus membuat lift dalam rumah untuk memudahkan pergerakkan isterinya.
Kali ini ada pula kisah mengatakan Zaskia mengidam nak buat sesuatu yang agak pelik, yang mana dia terasa sangat nak pijak rumput.
Cerita ini dari Irwansyah sendiri yang mengatakan isterinya nak sangat pijak rumput di rumah adiknya iaitu Shireen.
“Ya tuhanku, sejak pagi tadi isteri saya sudah ajak ke rumah Shireen, katanya dia nak pijak rumput. Nasib baiklah dia tak minta nak pijak awan, kalau pijak rumput itu permintaannya InsyaAllah bolehlah ditunaikan”
Sebelum permintaan nak pijak rumput ini, Irwanysah turut mendedahkan Zaskia pernah minta nak makan jering. Bukan untuk dirinya saja, tetapi Irwansyah turut kena makan sekali.
Irwansyah syukur isteri tak minta lebih susah setakat ini, dan memijak rumput serta makan jering itu mudah saja dia nak tunaikan.
Di ruangan komen, ramai netizen dan followernya yang terhibur denga telatah Zaskia yang sedang hamil tiga bulan itu.
Ramai juga menulis dan mendoakan agar semua urusan Zaskia ketika mengandung anak pertama ini berjalan dengan baik dan sentiasa dipermudahkan.