Fara Hanim akhirnya mengaku salah, minta maaf pada Rita Rudaini dan Lufya

1,879 views

Keharmonian hidup berjiran memang menjadi impian setiap orang. Mempunyai jiran yang baik dan rapat boleh dikatakan satu nikmat juga.

Namun bukan semua hidup berjiran ni indah belaka, memang akan ada yang berselisih faham dan berlakunya pertelingkahan.

Pengacara Fara Hanim Razak dan pelakon Rita Rudaini serta Lufya, kini sedang mempunyai isu.

Hal ini berlaku setelah Fara Hanim ada muatnaik satu posting seakan mengatakan Rita dan Lufya sebagai orang yang tak percaya dengan vaksin.

Melihat entry berkenaan, Rita Rudaini dan Lufya lantas menafikannya dan terkejut dengan sikap Fara Hanim, walaupun mereka hidup berjiran.

Akhirnya, Fara Hanim Razak tampil membuat satu permohonan maaf secara terbuka kepada kedua-dua pelakon yang juga jirannya itu.

Katanya, dia akui kesilapan yang dilakukan. Ini kenyataan dari Fara Hanim yang menggunakan nama Anim.

“Selepas muhasabah diri serta merenung semua kelemahan dan kekurangan diri, Anim terima dengan terbuka komen teguran dari orang ramai tentang kes membabitkan Anim sebelum ini.”

“Anim ingat pesan nabi Muhammad, setiap anak Adam ada buat silap, dan sebaik-baik orang yang buat silap ialah mereka yang insaf dan bertaubat.”

“Atas pesan Nabi, InshaAllah Anim insaf dan perbaiki kelemahan diri Anim untuk jadi insan yang lebih baik.”

“Anim baru saja contact pihak yang terbabit untuk meminta maaf dan di sini juga Anim nak buat permohonan maaf secara terbuka.”

Fara Hanim ada juga menunjukkan mesejnya kepada kedua-dua pelakon berkenaan. Selain meminta maaf dan akui kesalahan yang dilakukannya, antara inpati mesej berkenaan ialah Anim mengatakan suaminya turut ada menegurnya tentang apa yang berlaku. Ini mesejnya.

Semoga kesemua mereka kembali berdamai selepas ini. Harapnya hubungan akan kembali terjalin dengan baik.