Farid Kamil langgar janji, saya sangat kecewa – Zulhuzaimy

3,185 views

Zulhuzaimy telah meluahkan rasa kecewa terhadap rakan artis iaitu Datuk Farid Kamil. Apa kes sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua ni?

Menerusi laporan portal hiburan tanah air, isu ini berkaitan satu filem yang mengupas tentang motorsikal atau permotoran.

Pelakon berumur 41 tahun ini menambah, dia telah buat pendekatan untuk tarik diri dari meneruskan pembabitannya dalam filem berjudul Rem-It 2. Ini kerana Datuk Farid Kamil (pengarah bersama) mahu buat filemnya sendiri.

Zulhuzaimy mengatakan Farid Kamil sendiri telah langgar perjanjian apabila dia ketepikan ramai pelakon tambahan yang juga ahli Kelab Spark Malaysia.

Kata Zulhuzaimy, dia kini kecewa dengan Farid. Apatah lagi katanya, dulu mereka sama-sama, tetapi kini farid bagaikan nak gerak sendiri.

Ini komennya lagi tentang perjanjian pula: “Dari perjanjian, Farid Kamil dptkan tajaan berjumlah RM3 juta manakala sy uruskan skrip filem. Perjanjian turut sebut keuntungan dari filem Remp-It 2 akn msuk ke akaun klab utk kebajikan ahli

Jelas pelakon dan pengarah ini, kini, sebaik saja kes mahkamah yang melibatkan Farid Kamil selesai, suami kepada Diana Danielle itu dilihat nak buat filem sendiri yang diberi judul Lagenda Budak Motor Cup Prix.

Zul akui ada terima jemputan Farid Kamil untuk pelakon dalam filem tersebut. Katanya bayaran yang ditawarkan memang lumayan tetapi jika Zul bersetuju, Zul telah menafikan hak ahli yang bersusah payah dengan filem asal.

Oleh yang demikian, Zulhuzaimy telah menolak tawaran malah tidak akan menjayakan Remp-It 2 kerana skrip filem bukan mengenai aktiviti permotoran.

Sebenarnya, yang lebih buat Zulhuzaimy kecewa, ahli kelab Spark sebelum ini telah kumpul dana RM mencecah ribuan untuk membantu Farid Kamil di mahkamah.

Tapi apabikla dia buat begitu, tindakan Farid umpama menutup periuk nasi ribuan ahli kelab termasuklah ada 15 orang pelakon.

Filem Remp-it 2 patutnya akan buat penggambaran di beberapa negeri bulan lalu dan disasarkan ditayangkan Mac tahun depan.

Zulhuzaimy ternyata sedih kerana teaser dan majlis pelancaran filem tersebut dah pun dibuat pada bulan Mei lepas.