Fatin Afeefa nak komen jujur, sekali suami cakap nasi goreng masin, ayam pula terlalu manis

3,467 views

Pasangan baru berkahwin iaitu pelakon Fatin Afeefa dan suami, jutawan muda Aliff Awang telah menunjukkan sisi romantik mereka di alam maya. 

Seperti biasa, bila baru berkahwin, antara perkara pertama untuk suami ialah nak merasa air tangan sang isteri. 

Sama juga dengan pasangan ini, yang mana Fatin Afeefa dilihat ada memasak untuk Aliff Awang. 

Menerusi satu video, Fatin Afeefa dilihat telah memasak nasi goreng dan ayam masak merah buat Aliff Awang dan telah bertanya soalan jujur sama ada masakannya itu sedap. 

Pada mulanya Aliff Awang mengatakan masakan Fatin Afeefa itu memang amat sedap, namun setelah Fatin mahu pandangan yang jujur, suaminya terus beri komen jujur. 

“Tengok dia komen masak nasi goreng.” Kata Fatin Afeefa. 

“Sayang sedap giler ni.” Kata Opai. 

“Ikhlas ke tak ikhlas tu, cuba ayam pula.” Balas Fatin Afeefa. 

Aliff Awang yang lebih dikenali dengan nama Opai kemudian telah memberi pandangan secara jujurnya. 

“Sedikit masin, berbanding masa waktu sedang couple dulu.” 

Fatin Afeefa pula menjawab dia masak termasin sebab gementar kerana buat live untuk masak. 

“Masa couple tu tak buat live masak untuk you. Ni pasal buat live I jadi nervous.” Kata Fatin. 

Aliff Awang kemudian makan ayam yang dimasak oleh Fatin, dan memberi satu lagi komen jujur. 

“Alamak dia nak komplen lagi, noo.” Kata Fatin Afeefa.

“Yang ni manis, manis sangat. Tak cukup pedasm tak pedas langsung.” Kata Opai. 

Ternyata suami Fatin Afeefa ini amat jujur memberi komennya walaupun ketika itu sedang live. 

Tetapi melihat reaksi dari orang ramai, rata-rata memuji effort dari Fatin Afeefa yang memasak untuk suami dan mengatakan sikap jujur dari Aliff Awang itu memang bagus kerana isteri akan dapat masak dengan lebih baik dan lagi sedap di masa akan datang.