Fatin Afeefa tak bagi suami menyentuhnya di kedai makan ada sebabnya “Janganlah sayang”

11,921 views

Memang seronok melihat kemesraan pengantin baru iaitu pelakon Fatin Afeefa dan juga suaminya Aliff Awang yang dikenali dengan nama Opai. 

Yang terbaru, Aliff Awang ada muatnaik satu video cuba menyentuh isterinya itu namun Fatin Afeefa tidak membenarkannya. 

Ketika itu, Fatin Afeefa dan suami dilihat sedang berada di luar rumah, di sebuah kedai makan. 

Aliff Awang dilihat mahu menyentuh Fatin Afeefa, namun pelakon ini berkata janganlah sentuh. 

Dari video itu, ini yang ditulis oleh Aliff Awang. 

“Sayang, saya nak pegang je. Bukannya buat apa pun. Kalau awak tak beri saya nak pegang, saya nak buat apa lagi.” 

“Takkanlah saya nak pegang phone saja. Mesti lah bosan, kalau astik pegang phone saja. Asyik withdraw je kerja saya ni.”  

“Saya nak pegang awak, sebab nak rasa kemenangan.” 

“Bayar mahal-mahal tau kahwin dnegan awak, takkan tak boleh pegang.” 

Dalam pada itu ramai yang tertanya mengapa Fatin Afeefa tak beri suaminya itu menyentuhnya ketika itu. 

Rupanya ada sebab iaitu ketika itu, Fatin Afeefa sebenarnya dalam keadaan berwuduk. 

“Janganlah sayang. Saya ada wuduk, janganlah pegang yang. Saya duduk depan nanti” Kata Fatin Afeefa. 

Sememangnya itulah yang ramai tak tahu tentang wanita, kadangkala bila keluar rumah dan dah ambil air wuduk serta dalam keadaan make up, kalau wuduk terbatal maka memang lama lah nak make up semula.

Mungkin sebab itu Fatin Afeefa tak membenarkan suaminya menyentuhnya ketika itu sebab nak jaga air wuduk. 

Melihat ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji Fatin Afeefa yang mahu menjaga wuduknya. 

Abdul Jalil menulis: “Ya Tuhanku dia memang jaga wuduk, syukur sangat,limited edition ni.” 

Dyra Najib memberi komen: “Memang betul. Kalau ada wuduk memang nak kena jaga! Lagi dah make up, memang malas lah nak make up balik. I feel u Fatin Afeefa.”  

Nurhalila Ain pula berkata: “Selalu wife yang kacau suami kalau ada wuduk, ni terbalik haha.” 

 Haida Hamid menulis: “Aku pun selalu cakap kat husband, kalau sentuh kenalah nak tunggu saya lama lepas solat nanti, lepas tu auto dia tak sentuh.” 

Itulah kisahnya Fatin Afeefa tak mahu disentuh suaminya sebab nak jaga air wuduk.