Foto: Cantik rumah baru Sajat di Australia, nak berniaga bela lembu kambing

19,043 views

Sejak larikan diri dari Malaysia, masuk ke Thailand, kini Nur Sajat dah pun berjaya masuk ke negara Australia.

Menggunakan kad pelarian UNHCR yang di apply di Thailand, kini Sajat berjaya juga meneruskan rancnagannya untuk duduk di negara yang terkenal dengan haiwan kangaroo itu. Ketika ini, Sajat sedang jalani kuarantin di negara Australia.

Melalui laman IG baru miliknya, Sajat ada bercerita tentang keadaan terkini dirinya di negara berkenaan.

Sajat ada muatnaik satu video mengatakan dia mungkin mahu berniaga di Australia, dan berkata bagus juga jika dia masuk ke dunia perniagaan daging lebu atau kambing. Ini komen Sajat.

“Best juga, kalau bela kambing lembu kat Australia ni, kan best nya, tak sabar nak habis kuarantin. Nak hempas.”

Selain itu, Sajat juga ada tayang rumah baru yang bakal menjadi kediamannya sepanjang berada di Australia.

Rumah tersebut memang amat cantik, rumah sebuah, di corner lot. Di bahagian depan ada ruang santai untuk bersantai.

Manakala di belakang pula ada ruang lagi, ruangan backyard yang agak besar dan boleh lakukan pelbagai aktiviti. Sajat berkata ia sesuai untuk buat masak-masak dan makan-makan barbecue di situ.

Inilah rumah baru saya. Memang dah tak sabar sangat nak balik rumah baru.” Tulis Sajat sambil upload beberapa foto rumah barunya.

“Pandangan rumah baru dari sudut belakang rumah, nanti boleh lah buat barbecue kat sini kan, syok nya.”

Ini gambar rumah baru Sajat di Australia.

Kata Sajat di bukanlah lari ke negara Australia, sebaliknya menggunakan ayat berhijrah ke sana untuk mulakan hidup baru.

Sajat juga berkata dia dah pun jual semua perniagaannya di Malaysia dan akan fokus untuk mulakan hidup baru di Australia selepas ini.