Elfira Loy sahkan sedang hamil anak kedua, tahniah diucapkan

2,007 views

Pelakon Elfira Loy kini telah pun mengesahkan satu berita baik kepada semua. Setelah anak sulungnya, Rayyan Khalaf kini dah pun masuk ke umur dua tahun, akhirnya Elfira mengesahkan bahawa anaknya itu akan dapat adik.

Yes betul, Elfira Loy kini mengesahkan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua, dah hamil anak kedua.

Perkara ini disampaikan menerusi dua post di laman Instagram miliknya. Post yang pertama, Elfira Loy ada muatnaik satu gambar belon yang ada tertulis pengumuman berkenaan. Ini captionnya.

Kepada semua ahli keluarga dan juga rakan tersayang, boleh tak korang baca the good news, hehe.” Tulis Elfira.

Jika dilihat di belon berkenaan ada tertulis ayat ini: “Baby number two is coming, anak kedua akan datang.

Ini fotonya.

Selepas itu, Elfira ada tulis satu ucapan khas tentang berita kehamilannya itu. Jelas Elfira, dia memang masih tak sangka akan bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata.

“Masih lagi belum percaya bahawa saya ni akan menjadi ibu kepada dua orang anak. Abang Muhammad Rayyan Khalaf nanti akan tolong mommy kan.”

“Sungguhpun jarak dan penantian untuk mendapatkan anak kedua ini taklah terlalu jauh, seperti orang lain, tapi saya masih ada moment juga, dan ada rasa sayu juga. Oleh itu Elfira akan sentiasa doakan agar dimakbulkan doa mereka yang masih mencuba untuk mendapatkan cahaya mata.”

Diruangan komen, memang ramai yang memberi ucapan tahniah kepada Elfira termasuklah beberapa rakan artis seperti Zahirah Macwilson, Nad Zainal, Hannah Delisha, Sari Yanti, Fazura, Janna Nick dan memang ramailah.

Selepas itu, Elfira ada menulis ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya. “Syukur alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat kepada semua untuk doa dan juga ucapan yang diberikan, memang happy.

Elfira Loy berkahwin dengan suaminya, Faris Khairol Anwar pada bulan Januari tahun 2019 dan mempunyai seorang anak lelaki, Rayyan Khalaf, kini dua tahun. Tahniah diucapkan buat Elfira Loy dan suaminya.