“Fuad Rahman in a relationship with Tom” Peserta GV9 umum sedang bercinta

10,964 views

Rancangan realiti nyanyian popular iaitu Gegar Vaganza musim ke sembilan (GV9) telah pun melabuhkan tirainya. 

Untuk musim ini, Jaclyn Victor telah pun dinobatkan sebagai juara dengan menampilkan nyanyian yang amat berkualiti tinggi, di depan Bob, Shila Amzah, Tomok, kumpulan VE dan juga Hazrul Nizam. 

Untuk musim ini, GV telah berjaya menaikkan beberapa penyanyi yang boleh dikatakan kurang mendapat perhatian sebelum ini. 

Antaranya ialah dua penyanyi dari Singapura iaitu Fuad Rahman dan juga Hazrul Nizam.  

Kedua mereka telah menemui sinar di Malaysia dan nama kedua mereka ini dah pun dikenali ramai. 

Tapi kali ini nak bercerita sedikit dan memberi perkembangan tentang dua peserta Gegar Vaganza musim ke sembilan ini iaitu Fuad Rahman dan juga Tom. 

Pada malam tadi, menerusi laman media Facebook, kedua penyanyi ini telah mengumumkan sesuatu yang buat ramai terperanjat. 

Fuad Rahman dan Tom telah muatnaik gambar bersama-sama dengan penuh kemesraan, sekali gus mengundang tanda tanya peminat adakah mereka sedang dilamun cinta. 

Akan tetapi, yang paling menjadi perhatian ialah kedua mereka juga secara terbuka telah menukar status hubungan masing-masing dan menukar kepada in a relationship. 

“Mohamed Fuad is in a relationship with King Tom, yesterday.” 

Pengumuman dari Fuad dan juga Tom

Ini sekaligus membuatkan ramai terkejut kerana tak sangka pentas GV kali ini telah membuatkan Fuad Rahman dan Tom jatuh cinta. 

Di ruangan komen, rata-rata para peminat terkejut namun amat teruja dengan hubungan antara Fuad Rahman dan juga Tom ini. 

Ramai mengucapkan tahniah dan mengatakan mereka berdua ini serasi serta secocok bersama. 

Ini antara komen yang diberikan oleh peminat. 

“Tahniah King Tom dan juga Mohamed Fuad. Sebenarnya Tom dan Fuad dah pun menang dari awal GV9. Memang dah nampak dan boleh agak. Both of you memang sesuai sangat. Semoag dua-dua akan success.” 

“Semoga dipermudahkan urusan kalian berdua, tahniah bro.” 

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan media dari pihak Fuad Rahman dan juga Tom tentang hubungan yang baru terjalin ini.