Gadis jelita duduk belakang Tok Ram di GV jadi sebutan, akhirnya gadis ini munculkan diri

36,602 views

Ini kisah viral berkaitan dengan konsert semi final Gegar Vaganza yang berlangsung pada hari Adah lalu. 

Dalam kerancakkan pertandingan Gegar Vaganza yang hampir sampai ke kemuncaknya, ada satu video yang menjadi tular. 

Video berkenaan menunjukkan ada seorang penonton yang dikatakan amat cantik dan jelita berada di belakang ketua juri iaitu Datuk Ramli MS. 

Ketika itu, Datuk Ramli MS atau Tok Ram sedang memberi komen, namun mata penonton terlihat kelibat gadis ini yang duduk betul-betul di belakang Tok Ram. 

Tertawan dengan kecantikkan gadis berkenaan, ada seorang pengguna alam maya yang mahu mengenali wanita itu. 

Menerusi satu posting, jejaka berkenaan telah muatnaik vlip gadis tersebut dan meminta sesiapa yang mengenali gadis itu untuk memperkenalkan gadis tersebut.  

Ini yang ditulis pengguna alam maya bernama Syafiq Ikhwan: “Wahai warga tiktok dan dengan kuasa viral, boleh tak kenalkan saya dengan gadis ini? Kiriman kuntuman bunga dari saya kepada dia okey. Mungkin kami berdua boleh jadi kawan.” 

Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 3juta views, dan rata-rata memang akui gadis berkenaan amat jelita. 

Antara yang turut memberi komen ialah Aeril Zafrel yang berseloroh itu adalah dirinya. 

Tak lama kemudian, akhirnya tuan punya badan iaitu si gadis sendiri telah tampil memberi komen dan mengenalkan dirinya. 

“Oh itu saya” Tulis gadis bernama Shasbubble.  

Maka gamatlah di ruangan komen yang terus menerus menulis komen tentang kejelitaan yang dimiliki oleh gadisbernama Shasbubble ini. 

Ramai yang menulis komen sudah jatuh hati dengan gadis comel ini. 

Dengan sekelip mata, akaun milik Shasbubble ini terus meningkat dan telahpun diikuti seramai lebih 20ribu orang. 

Ini beberapa keping foto dari Shahbubble. 

Itulah betapa powernya laman media sosial ketika ini, dengan sekelip mata boleh jadi tular begitu saja.