Pelakon terkenal tanah air, Farah Nadia Binti Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan nama Nad Zainal disahkan sedang berada di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri.
Nad Zainal, 32 tahun, masuk ke ICU kerana mempunyai masalah di paru-parunya.
Tentang puncanya, kata doktor, Nad Zainal terkena jangkitan kuman di bahagian paru-paru.
Perkara ini disahkan oleh pengurus kepada Nad Zainal iaitu Aina Liza.
Sehingga malam tadi, Aina Liza memaklumkan bahawa Nad Zainal sedang dirawat dan di pantau di unit ICU.
Keadaannya buat masa sekarang adalah stabil, seperti yang dikatakan oleh pakar perubatan.
“Saya difahamkan Nad Zainal terkena lung infection. Akan tetapi, tidak ditehaui sebenarnya bilakah dia terkena kuman berkenaan.”
“Dari maklumat yang diterima daripada pembantu peribadinya, Nad Zainal baru dimasukkan ke ICU. Tapi doktor kata keadaannya sekarang stabil dan dia ada di unit ICU.”
Kata Aina lagi, sebelum ini Nad Zainal ada pergi mendapatkan rawatan dan dah diperiksa oleh doktor, namun ingatkan ianya tak serious.
“Sebelum ini Nad dah pergi dapatkan pemeriksaan doktor namun ingatkan tidak ada apa yang serius. Mungkin kena long covid.”
“Tetapi itulah saya pun tak berapa pasti apa jangkitannya.”
Aina juga memohon agar semua pihak dapat mendoakan agar Nad Zainal kembali sembuh.
Dalam pada itu rakannya, Ungku ismail turut ada meminta semua mendoakan buat Nad Zainal.
“Saya memohon doa-doa dari kalian semua kepada pelakon kita Nad Zainal, yang dimasukkan ke ICU sebab terkena jangkitan kuman di bahagian paru-paru.”
“Beberapa prosedur telah dilakukan, dan dia kini stabil menurut laporan dari pihak doktor.”
Dlaam pada itu, pengarah Shahrulezad atau Budak Ijat turut terkejut dengan berita berkenaan.
“Saya amat terperanjat apabila mengetahui bahawa Nad dikejarkan ke hospital menaiki ambulans malam semalam. Dia masuk ICU dan tak sedarkan diri.
“Selain risaukan diri Nad Zainal, saya juga bimbangkan anaknya yang kini dijaga oleh pembantunya.”
Menerusi kenyataan rakannya, Nad Zainal telah pun ditidurkan akibat paru-paru berdarah.
“Nad ditidurkan selama dua hari kerana didapati paru-paru berdarah, ditidurkan supaya dapat rehat dan kembali kering.”
Itulah keadaan terkini Nad Zainal. Sama-sama kita doakan agar pelakon Nad Zainal akan kembali sembuh seperti sedia kala.