“Nad Zainal sedang kritikal sekarang ini”

15,062 views

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit ICU sejak semalam. 

Semalam, pelakon berkenaan dikejarkan ke hospital menaikki ambulan dan dimasukkan ke unit ICU di Hospital Ampang Putri. 

Tengah hari tadi, rakannya yang juga pelakon iaitu Ungku Ismail Aziz, ada memberitahu keadaan terkini Nad Zainal ketika ini. 

Jelasnya Nad Zainal sedang kritikal di unit ICU itu dan telah pun ditidurkan. 

“Nad Zainal sedang kritikal sekarang di unit ICU. Mohon semua dapat mendoakan dia agar kembali sembuh seperti sedia kala.”  

Ungku Ismail ada menyatakan Nad Zainal mula rasa kurang sihat sejak Jumaat lalu dan turut mengadu sukar bernafas. 

Pada hari Ahad, Nad Zainal telah ke hospital dan tahap kesihatan dilihat baik setelah makan ubat. 

Namun, semalam, Nad kembali kurang sihat dan kemudian dimasukkan ke ICU. 

Dari laporan, pihak doktor telah pun mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani CT scan. 

Doktor ada membuat satu prosedur untuk mengeluarkan darah berkenaan dan juga intubasi ekoran Nad tidak dapat bernafas dengan baik. 

“Nad masuk ke unit kecemasan dan setelah buat CT scan, doktor sahkan paru-parunya penuh dengan pendarahan. Mereka terus melakukan prosedur keluarkan pendarahan berkenaan.” 

“Prosedur berkenaan selesai, namun paru-parunya masih basah, jadi nad susah nak bernafas.”  

“Bila tengok keadaan Nad untuk bernafas, memang sedih juga. Doktor cakap Nad nampak bergelut untuk bernafas.” 

“Doktor buat keputusan untuk buat prosedur intubasi sekitar jam 6 petang semalam.” 

 Nad Zainal kini dirawat dan ubat antibiotik juga diberikan.   

“Sebenanrya doktor masih tidak dapat kesan punca paru-parunya itu ada pendarahan.” 

Itulah sedikit kenyataan tentang keadaan terkini Nad Zainal dari rakannya Ungku Ismail, sama-sama kita doakan Nad Zainal.