Ketika ini antara perbualan yang paling rancak diperkatakan adalah tentang penyampai radio atau pun deejay radio.
Semua ini bermula setelah pemenang penyampai radio paling popular untuk tahun 2023 iaitu Tyzo telah tamat berkhidmat dengan radio Suria FM.
Kisah Tyzo mula menjadi bualan setelah menyatakan bahawa dirinya sendiri bagaikan tak redha dengan penamatan khidmatnya itu.
Setelah isu Tyzo melanda, ramai pula yang tertanya tanya berapa sebenarnya gaji atau pendapatan para penyampai radio di Malaysia ini.
Mana taknya, jika dilihat, ketika ini, ramai juga selebriti dari bidang lain, seperti pelakon, dan pelawak, yang kini telah pun beralih ke dunia radio, atau ke konti radio.
Malahan, bekas menteri iaitu Khairy Jamaludin pun dah bergelar penyampai radio.
Sudah tentu ramai yang nak tahu berapa agaknya gaji penyampai radio.
KENYATAAN FAUZIAH NAWI
Pelakon veteran yang terkenal dengan watak air mata, Fauziah Nawi, ada menulis sedikit komen tentang pendapatan gaji.
Fauziah Nawi sendiri sebenarnya pernah berkhidmat sebagai penyampai radio atau radio announcer di zaman mudanya dulu.
Ini komen Fauziah Nawi tentang gaji penyampai radio.
“Ada yang menerima sebanyak RM150ribu sebulan. Ada juga yang lebih lagi. Ada yang terima RM5ribu sebulan sehingga RM40ribu sebulan, itu biasa, radio swasta.”
“Untuk radio kerajaan pula, pendapatan yang diterima adalah paling rendah.”
Kenyataan ini dimuatnaik oleh seorang pengguna FB bernama Nurul Asyiqin Salleh.
KENYATAAN FARA FAUZANA, FAFAU
Fara Fauzana atau fafau memang satu nama yang cukup besar dalam dunia penyampai radio ini.
Pernah berkhidmat dengan radio Era FM dan juga Hot FM, Fafau memang memapunyai peminat yang ramai untuk penggemar pendengar radio.
Menerusi satu kenyataan dalam temubual dengan Tya Ariffin, Fafau ada bercerita sedikit tentang pendapatan dan juga tawaran dulu.
“Ramai yang tanya tentang gaji saya. Tapi sebenarnya tak lah sebanyak macam penyampai radio sekarang, maksud saya deejay sekarang ni terutama para pelawak.”
“Dulu saya pernah ditawarkan oleh satu station, masa umur 27 tahun, mereka tawarkan gaji saya, yang mana setiap bulan boleh beli sebuah kereta baru.”
KISAH DJ HITZ FM, LIL KEV
Ini pula sedikit kisah penyampai radio station bahasa Inggeris iaitu Hitz FM.
Dalam satu kenyataan, Lil Kev, yang amat terkenal untuk pendengar berbahasa Inggeris, telah menerima tawaran sebanyak RM24ribu, dan itu merupakan gaji pada tahun 2002, iaitu 20 tahun yang lalu.
Itulah sedikit sebanyak bayangan tentang gaji penyampai radio di malaysia ini, namun semuanya bergantung juga kepada penyampai radio itu sendiri termasuklah popularity, pengalaman mereka, selain jenama station radio itu, sama ada radio yang besar dan terkenal atau pun sebaliknya.