Gambar nikah secara senyap-senyap, ini kenyataan rasmi Amelina

6,978 views

Satu video di Tiktok dari seorang makeup artist yang menunjukkan penyanyi dangdut Amelina memakai baju kahwin menjadi viral.

Video berkenaan dimuatnaik oleh akaun Hakaksado dengan caption ini: “Selamat pengantin baru, akhirnya dah kahwin penyanyi dangdut Malaysia kita.

Kerana itu, ramai yang benar-benar nak tahu adakah Amelina dah kahwin, dan jika benar, dengan siapa dia kahwin.

Betul kah kak long dah kahwin ni. Tahniah kepada kak long, selamat pengantin baru.” Itu antara komen yang ditulis oleh netizen.

Setelah video ini viral, akhirnya pihak media terus mendapatkan tuan punya badan untuk mendapatkan kenyataan lanjut.

Akhirnya Amelina tampil memberi penjelasan dan mengesahkan bahawa hal ini tak benar. Sebenarnya dia belum berkahwin lagi dan foto itu adalah ketika dia jalani satu penggambaran saja.

Ini komen dari penyanyi berumur 47 tahun ini.

“Gambar tu sebenarnya ketika saya di set penggambaran drama Akad Ibu Sejadah Rindu, saya pun tak tahu macam mana ianya jadi viral.”

“Jika lah benar saya kahwin, saya akan buat secara grand. Tak ada lah pelamin dia hanya seperti itu.”

Itulah pengesahan dari Amelina tentang foto dirinya memakai baju pengantin itu.

Ditanya lagi tentang jodoh di masa akan datang, Amelina berkata jika ada calon yang sesuai untuk dijadikan suami, dia terima saja.

“Saya ni tunggu jodoh dari langit. Entahlah, jika orang tanya pasal jodoh dah try banyak kali. Mungkin orang bosan kerana saya ni selalu busy.”

“Dan saya ni seorang ibu tunggal yang independence. Saya kena cari orang yang betul-betul sayang dan support, saya bukan muda lagi.”

“Perkahwinan saya dulu penuh perit, saya tak ada pengalaman yang berbunga-bunga atau bintang-bintang.”

“Saya pun tak pernah rasa saat macam dalam drama, maklumlah perkahwinan akak dulu kan kat luar negara.”

“Sekarang ni, saya tak kira, saya nak naik pelamin juga jika ada jodoh nanti insyaAllah.” Itulah kata-kata dari Amelina.

Amelina pernah berkahwin dengan Reduan Mahamood pada tahun 1999 di Songkhla, Thailand. Perkahwinan mereka berakhir pada tahun 2016. Sepanjang perkahwinan pasangan ini mempunyai enam orang cahaya mata.