Ramai sebak Shuib datang Sepahtu Reunion, buat kejutan pada Jep, Ilya dan Rahim

20,437 views

Rancangan hiburan Sepahtu Reunion Live 2021 telah berlangsung secara live malam tadi. Namun episode kali ini telah berjaya membuat ramai yang sayu dan tersentuh hati sehingga mengalir air mata.

Ini apabila Shuib Sepahtu hadir ke rancangan itu di segmen terakhir sebagai cameo atau artis jemputan. Ianya merupakan satu kejutan yang amat istimewa.

Sememangnya, kehadiran Shuib itu tidak diketahui oleh anggota Sepahtu yang lain iaitu Jep, Ilya dan Rahim.

Dan apabila Shuib dilihat masuk dari pintu, kesemua mereka tergamam dan terkejut melihat Shuib berdiri dan masuk.

Para peminta terus bersorak dan bertepuk tangan serta ada yang memberikan standing ovation.

Jep ternyata tak percaya dengan kehadiran Shuib, manakala Rahim dilihat bersorak kegembiraan. Ilya pula dilihat tersenyum saja.

Wajah Shuib pula dilihat agak sayu bercampur gembira dengan sorakan yang diterima dari semua orang di studio.

Dapat dilihat juga ada beberapa penonton yang hadir terus mengesat air mata yang jatuh melihat momen berkenaan.

Shuib juga telah datang dengan membawa satu lagi kasut sebagai simbolik sepatu yang hilang.

Malah ada satu pertanyaan Shuib yang menjadi viral semalam. Shuib bertanya apa beza kasut dengan sepatu.

Jawapan dari Shuib ialah: “Kasut itu ini (sambil tunjukkan kasut), tapi sepahtu itu kita (sambil menunjukkan kea rah Jep, Ilya dan Rahim).

Kemudian Shuib dan Jep Sepahtu juga ada muatnaik foto momen mereka berempat di atas pentas di laman Instagram.

Shuib menulis: “Dah tahu ke beza sepahtu dan kasut.

Jep pula menulis: “Sayang yang akan terus kekal, Shuib, Ilya dan Rahim.

Sememangnya kehadiran Shuib di rancangan berkenaan malam tadi membuatkan ramai yang terharu dan sebak kerana ini kali pertama Shuib hadir ke Sepahtu Reunion setelah mengumumkan mahu berehat dari dunia seni setelah kehilangan isteri tercinta arwah Siti Sarah.