Pelakon cantik, Raysha Rizrose kini disahkan telahpun selamat bergelar tunang kepada pasangannya bernama Nabil Jeffri.
Majlis pertunangan antara dua pasangan sama cantik sama padan ini telah diadakan pada hujung bulan Disember tahun 2022.
Namun pada tarikh 14 Februari 2023, pasangan ini baru terbuka untuk mendedahkan hal berkenaan majlis pertunangan mereka kepada umum.
Pada hari ini, Raysha Rizrose telah memuatnaik beberapa keping foto menunjukkan dirinya sedang berdandan di majlis berkenaan.
Turut dimuatnaik ialah gambar pelamin dan juga beberapa barangan.
Raysha Rizrose telah memilih untuk menggunakan khidmat jurumekap bernama Fiqqi Abdullah dan pendandan rambut bernama Juu Ko.
Kata Fiqqi, Raysha ada meminta untuk mengenakan solekan yang minima saja untuk majlis pertunangannya itu.
Ini penulisan dari Fiqqi tentang majlis pertunangan Raysha Rizrose.
“Permintaan dari Raysha amat ringkas dan telus, katanya Fiqqi, I nak makeup cantik tapi nampak natural saja.”
“Oleh itu, Fiqqi pun menggalas tanggungjawab menyolek wajah si cantik jelita ini tanpa ada rasa kekok sungguhpun perjumpaan kami itu sebenarnya adalah buat kali pertama di majlis berkenaan.”
Ini beberapa keping gambar sekitar majlis berkenaan.
Raysha Rizrose sedang bersiap sedia.
Sesi sarung cincin oleh bakal ibu mertuanya.
Family Raysha Rizrose, termasuk kakaknya.
Lagi foto akan menyusul, tunggu ye.
Untuk info, Nabil Jeffri atau nama penuhnya Muhammad Nabil Jan Al Jeffri, 30 tahun, terkenal sebagai seorang pelumba kereta profesional.
Bermula dengan perlumbaan go kart, Nabil Jeffri kemudian mengembangkan bakatnya dan diambil sebagai pelumba kereta.
Antaranya, Nabil menyertai pertandingan Formula 3 dari tahun 2013 sehingga tahun 2015 kemudian menyertai Formula 2 pada tahun 2017.
Raysha Rizrose, 27 tahun, pula merupakan adik kepada pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia dan juga merupakan sepupu kepada Oktovia Manrose dan Aprena Manrose.
Tahniah kepada Raysha Rizrose dan pasangannya Nabil Jeffri.