Gambar terkini Pavithra dan Sugu, dah maafkan suami

2,738 views

Popular dengan video memasak, pasangan sensasi Pavithra dan suaminya, Sugu memenuhi lensa kamera para wartawan apabila kedua mereka hadir ke mahkamah pada hari ini.

Mereka berdua jadi terkenal setelah video viral dan kali jadi perhatian kerana kes Sugu dikatakan naik angin kepada Pavithra.

Sugu didakwa di mahkamah kerana memiliki barang bhaya yang dilakukan di ruang parking Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

Atas dakwaan itu, Sugu yang kini berumur 29 tahun, mengaku tidak bersalah. Kemudian, isterinya Pavithra sanggup membayar wang dalam lingkungan lima ribu Ringgit sehingga sepuluh ribu Ringgit sahaja.

Melalui satu kenyataan, Pavithra mengatakan dia sudah pun memaafkan suami Sugu, dan membayar wang ikat jamin sebanyak RM10000 untuk membebaskannya.

Kemudian, Sugu dan Pavithra telah bergambar bersama dengan menunjukkan thumbs up tanda semuanya kini dah okey.

Ini komen Pavithra: “Saya dah pun maafkan suami saya. Lepas ini kami akan meneruskan kehidupan macam biasa dan kami berdua akan kembali bersama dengan rancangan masakan kami pada bila-bila masa saja lepas ini“.

Jelas Pavithra apa yang berlaku adalah salah faham antara suami isteri dan hal antara keluarganya. Malah dia pun dah tarik balik laporan polis yg dibuat ke atas suaminya itu.

Dia juga berharap, orang ramai akan terus meyokong mereka menerusi video masakan yang akan diteruskan selepas ini.

Pavithra menjelaskan dia tak ambil hati dengan kata-kata yang dilemparkan oleh netizen terutama kepada suaminya.

Saya tak ada nak ambil hati atas mana-mana komen ditulis oleh netizen di laman media sosial, harapnya semua akan terus bagi sokongan tak berbelah bagi pada kami“.

Sebelum kejadian ini berlangsung, di katakana pasangan suami isteri ini telah bertengkar. Ini angkara Pavithra tidak menyebut nama Sugu ketika memenerima anugerah ikon baru-baru ini.

Walaupaun hal ini yang dianggap remeh oleh sesetingah netizen, namun Sugu dikatakan telah naik angin dengan agak teruk sehingga berkelahi dengan Pavithra di sebuah hospital. Pavithra kemudian membuat laporan polis dan suaminya ditahan pihak berkuasa.