Zila Bakarin tak ada job lepas berhijab

3,046 views

Transfomasi diri yang dibuat oleh pelakon Zila Bakarin amatlah terpuji. Kini Zila telahpun berhijrah dan telah memakai tudung, menutup aurat sepenuhnya.

Kalau sebelum ini Zila Bakarin terkenal dengan imej yang boleh dilabel daring, kini melalui perkongsian beberapa keeping foto di laman media sosial miliknya, Zila Bakarin Nampak manis dan amat cantik memakai tudung.

Keputusan yang dilakukan oleh Zila Bakarin ini mendapat reaksi yang amat positif dari kalangan peminat dan juga netizen. Semuanya memuji penghijrahan yang dibuat pelakon yang kini dah berumur 45 tahun ini.

Namun begitu, setiap penghijrah sudah pasti ada ujiannya, begitulah yang dialami oleh Zila. Menerusi satu laporan, setelah memilih untuk memakai hijab, nampaknya Zila Bakarin kini tak lagi ada terima sebarang offer dari pihak produksi. Itulah ujiannya.

Ada juga offer yang datang tetapi setelah memberitahu Zila dah memakai tudung, pihak berkenaan tak meneruskan tawaran berkenaan. Katanya ini ianya tak sesuai dan tak kena dengan watak untuk offer tersebut. Ini komen dari Zila.

“Sejak saya mula pakai hijab pada bulan Februari lepas, memang asaya akui dah tak ada job. Offer yang panggil saya berlakon, semuany nakkan imej saya yang dulu tu. Nak watak Zila Bakarin yang lama. Ya lah kan, semua tahu kalau Zila Bakarin yg dulu memang sudah sebati dengan watak antagonis dan pakaiannya yang macam dulu-dulu tu lah.

“Kemudian, apabila saya bagitahu dah berhijab, mereka terus minta maaf sebab tak dapat nak proceed offer berlakon sebab katanya watak tu amat tak sesuai dengan imej saya sekarang ni”,

Walaupun diduga sedemikian, pelakon berasal dari Kedah ini berkata dia tetap nekad dengan imej bertudung dan redha apa yang terjadi.

Katanya, kini setelah habis PKP dan ramai dah tahu saya berhijrah, dah ada offer berlakon yang datangm dan kali ini sesuai dengan imejnya.

“Saya gembira ketika ini, dan saya sentiasa terima dengan reda dan saya percaya bahawa rezeki itu dari Allah. Sekarang, lepas PKP, alhamdulilah rezeki dah ada dan ia datang secara tiba-tiba tanpa saya duga pun”

Semoga Zila Bakarin sentiasa dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki, amin.

Share this on...