Neelofa jelaskan bagaimana boleh rapat dengan Pu Riz, selalu jadi imam

5,209 views

Sejak akhir-akhir ini Neelofa dilihat amat rapat dengan sorang pendakwah yang juga pelakon iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz.

Berbicara tentang hubungannya dengan PU Riz, Neelofakata dia dah kenali PU Riz sejak tiga tahun yang lepas.

Kalau ikutkan Neelofa dan PU Riz selalu saja bekerjasama menerusi program dakwah namun sebelum ini tak dapat perhatian dari netizen.

Ini komen Neelofa: “Ramai yg tak tahu saya dan ustaz Haris (PU Riz) dah lama kerjasama bermula 3 tahun yg lalu. Saya buat program dakwah dan ianya turut libatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi.

“Masa tu orang tidak perasan adanya program dakwah itu sebab tak masuk media namun hanya untuk fans rapat saya serta mereka yang join dalam Neelofa Hijab saja yang tahu”.

Jelas Neelofa, dia memuji sifat keperibadian yang dimiliki oleh PU Riz, seorang pendakwah yang dihormatinya.

“Bagi pendapat saya, Haris seorang anak muda yg sangat bijak, dan mempunyai latar belakang agama, dia memang seorang pendakwah yang amatlah bagus. Haris boleh dan mampu nak tarik orang untuk dengar tazkirah agama. Tidak semua orang ada tarikan sedemikian”.

Hubungan antara Neelofa dan PU mula jadi sebutan ramai bermula bulan Ramadhan lepas. Dapat dilihat PU Riz selalu jadi imam solat tarawih dan kemudian beri tazkirah di rumah Neelofa.

Ini membuat netizen menganggap mereka ada hubungan yang amat istimewa. Neelofa tampil menceritakan kenapa dia lebih banyak dilihat bersma PU Riz di program dakwah.

“Masa kini, Haris lebih banyak terlibat dalam pertubuhan yang dinamakan Kasih Neelofa. Saya dah biasa kerjasama dengan Haris ataupun ustaz Tarmizi. Namun begitu, jadual ustaz Tarmizi agak padat dan Haris pula lebih senang dan flexible kerana dia sedang melanjut pelajaran.

“Saya juga pilih Haris kerana mahukan individu yang ada berpengalaman dalam bidang seni dan mampu jadi jurucakap agar tak ada salah. Maklumlah saya ni tak ada latar belakang agama yang luas”.

Neelofa menjawab soalan media tentang hubungan PU Riz ketika berada di siding media program terbarunya iaitu Next To Neelofa yang ditayangkan di astro pada hari Khamis jam 9 malam.