Gambar terkini Puteri Aishah, naik ambulan ke Hopital Sg Buloh

4,115 views

Kini secara umumnya, orang ramai dah tahu tentang pelakon bernama Puteri Aishah yang telah disahkan positif terkena virus yang sekarang menjadi pandemic di seluruh dunia. Dikatakan pelakon ini ada sejarah perjalanan ke luar negara atas urusan kerja.

Selain Puteri Aishah ada beberapa lagi krew produksi dan juga pengarah kepada drama Demi disahkan positif virus berkenaan. Mereka semua telah ke Scotland pada awal bulan Mac untuk jalani penggambaran.

Dalam perkembangan terkini tentang Puteri Aishah, pelakon ini telahpun di bawa ke Hospital Sungai Buluh untuk menerima rawatan susulan di sana. Perkara ini diberitakan oleh pengurus kepada Puteri Aishah sendiri iaitu Iman Tang.

Puteri Aishah telah di bawa ke hospital dengan menaiki ambulan. Malah, pelakon berkenaan sempat mengirimkan gambar terkininya yang sedang menaikki ambulan ketika dalam perjalanan ke hospital.

Dari perkongsian Iman Tang, Nampak Puteri Aishah dalam keadaan yang baik sahaja. Jom baca perkongsian dari Iman.

“Syukur Alhamdulillah nampaknya Puteri Aishah sihat saje. Dia sempat kirimkan foto dan informkan bahawa dia dalam ambulan dan dlm perjalanan ke Hopital Sg Buloh. Sama-sama kita doakan Puteri selamat dengan perjalanan dan segala urusan pendaftaran di permudahkan amin”

Pengurus kepada Aishah itu menulis caption berkenaan di laman IG miliknya semalam. Rata-rata menulis kata-kata semangat buat Puteri Aishah yang telah disahkan positif dua hari lalu. Ini termasuk komen dari rakan-rakan artis yang lain seperti Lisa Surihani, Raysha Rizrose, Nora Danish dan ramai lagi.

Selain Puteri Aishah, beberapa pelakon lain turut jalani penggambaran di Scotland iaitu Ben Aamir, Ashraf Muslim, Hasnul Rahmat dan pelakon cilik Puteri Rayyana.

Sehingga hari ini, Ben Amir disahkan bebas dan tidak terkena dengan virus berkenaan, manakala pelakon cilik, Puteri Rayyana baru saja buat test semalam. Kesemua mereka telah buat self kuarantin selama 14 hari sejak pulang ke Malaysia.