“Tiada yang boleh halang plan Tuhan” Caption ditulis, netizen percaya Lofa hamil

4,014 views

Antara pasangan paling popular kat Malaysia sekarang ini ialah Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau lebih dikenali dengan nama PU Riz.

Kedua mereka ini mempunyai aura tersendiri, Neelofa diketahui sebagai wanita yang cekal, berjaya sebagai selebriti dan dunia perniagaan.

Pu Riz pula terkenal dengan dakwahnya yang penuh kelembutan dan disenangi orang lain.

Sejak bertemu dengan Pu Riz, Neelofa dilihat mendalami ilmu agama, dan telahpun berhijrah dengan memakai niqab atau purdah.

Kini kedua mereka telah pun berkahwin selama hampir tiga bulan, dan kalau dah kahwin antara berita yang ditunggu ialah kehadiran cahaya mata.

Sejak beberapa hari ini, mereka sekali lagi dikaitkan dengan berita kehamilan apabila ada satu foto yang di upload di Instagram perniagaan yang diuruskan pasangan ini.

Dari gambar berkenaan, Pu Riz memakai kurta manakala Neelofa mengenakan pakaian jubbah sedondon warnanya.

Caption yang ditulis ialah: “Tiada orang yang boleh halang atau musnahkan rancangan yang Allah aturkan buat kamu.

Apa yang jadi bualan ialah ianya memperlihatkan Neelofa seakan sudah berisi dan sudah hamil.

Ini kerana, netizen mengatakan, pakaian berwarna coklat itu menampakkan Neelofa seakan sudah ada baby bump.

Memang begitu banyak komen yang ditulis bertanya tentang hal ini kepada Neelofa.

Menerusi satu video live, ada yang komen kata Neelofa nampak berisi, dan bekas pengacara Meletop ini mengatakan dia kurus saja: “Nampak berisi? Macam kurus je” Balas Neelofa.

Bulan lepas, ketika satu gambar di bulan Syawal, Neelofa ada tag nama suamnya itu di bahagian perut, dan ianya membuatkan ramai teruja, mengatakan mungkin Neelofa memberi hint, namun berita ini masih terlalu awal untuk diceritakan kepada umum.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari kedua pihak. Memang diketahui, Neelofa dan family selalu berahsia berkenaan hal peribadi mereka.

Diimbas kembali, pasangan ini bernikah pada tarikh 27 Mac 2021.