Masih belum ada lagi yang move on dengan keputusan Gegar Vaganza musim ke lapan baru-baru ini.
Setelah Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara, masih ada yang kurang berpuas hati dengan mengatakan Nikki atau Suki lebih layak diangkat sebagai juara.
Malahan ada netizen yang turut bertanya kepada ketua juri GV8 iaitu Datuk Ramli MS tentang hal berkenaan.
“Tok Ram mengapa Nikki tak dapat juara, sampai hati.” Tulis satu komen yang mendapat perhatian dari Tok Ram.
Suami kepada Datin Alyah itu kemudian membalas komen berkenaan. Ini tulisnya.
“Rancangan Gegar Vaganza tu bukan bapa saya punya. GV ni ada empat orang juri yang menilai dan beri markah. Kenalah hormat nombor-nombor tersebut, dan juga majoriti mutlak. Ketua juri tak boleh sesuka hati nak tukar markah juri lain.”
Kemudian ada pula netizen lain yang menulis mengatakan jangan ditanya soalan berkenaan, nanti Tok Ram akan naik angin.
“Lebih baik korang jangan tanya nanti, Tok Ram akan mengamuk.” Tulis seorang netizen.
Komen berkenaan turut mendapat respon dari Datuk Ramli MS. Tok Ram berkata, ramai yang tak tahu dan tak faham cara penjurian di Gegar Vaganza.
“Takda maknanya saya nak ngamuk. Benda ini amat nyata, kadangkala orang tidak faham. Gegar Vaganza tidak menjuri apa pemberian dari Tuhan. Contohnya warna suara, tingginya suara, ranges suara, muka cantik dan suara yang kuat.”
“Melalui suara ni, ada seni dan teknikal. Kena guna data yang ada pada minda tu. Jika tidak, Aweera yang mempunyai suara yang kuat, tinggi atau pun Nikki akan menang tanpa bertanding.”
Itulah penjelasan dari Tok Ram lagi tentang keputusan dari juri yang memilih Aliff Aziz sebagai juara.
Selain Aliff Aziz, tempat kedua dimenangi oleh Nikki dan tempat ketiga diduduki oleh Suki.
Adibah Noor mendapat tempat keempat, Azan ditempat kelima dan Aweera di kedudukan ke enam.
Di pentas akhir Gegar Vaganza jurinya ialah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz dan Joe Flizzow.