Aweera mendapat tempat terakhir di pentas final Gegar Vaganza musim kelapan, satu keputusan yang agak mengejutkan ramai. Memang ada penonton, terutama peminat Aweera, yang kecewa dengan keputusan berkenaan.
Setelah tamat rancangan Gegar Vaganza, pihak media bertanya kepada Aweera tentang keputusan malam ini, dan Aweera tetap bersyukur walaupun tidak mendapat top 3.
“Saya pun tak expect masuk final sebenarnya, tapi dah rezeki. Pada malam final ni saya buat takat mana yang saya mampu saja.”
“Timing memang padat, seminggu nak hafal tiga buah lagu, dan lagu ni pun jarang saya menyanyi.”
“Ye lah benda ni pun rezeki masing-masing. Saya dah buat all out dan saya dah buat apa yang saya mampu.”
“Walaupun saya tak dapat top 3, tapi atas usaha saya dan juga team, Alhamdulillah dah masuk final pun, dah cukup bersyukur kat situ. Journey saya bermula setelah keluar dari GV.”
Ditanya tentang komen juri dan penjelasan Tok Ram bahawa Aweera salah pilih lagu, ini respon Aweera.
“Ada yang cakap saya salah pilih lagu, tapi past is past. Memang betul apa yang Tok Ram cakap. Tapi inikan pertandingan, tempat untuk mencabar diri.”
“Saya pun suka juga untuk nyanyi lagu wanita, sebab ada nada tinggi semua. Apapun, dengan adanya kak Liza Hanim, saya happy.”
“Battle rap punya part, saya nak minta maaf kepada semua termasuk rapper semua. Saya tabik pada rappers sebab rap memang bukan senang. Saya rocker bukan rapper tapi saya sahut cabaran.“
Ditanya tentang komennya kepada juri, ini pula kata-kata dari Awera.
“Bagi saya juri semua professional, Tok Ram, bonda Hetty, Dato Syafinaz dan Joe Flizzow. Saya terima kasih atas nasihat yang mereka beri. Ilmu tu, jangan jemu untuk timba ilmu. Kita kena baiki kesilapan.”
Ini pula komen dari Aweera buat semua penyokongnya.
“Untuk semua penyokong saya, saya minta maaf, mungkin ada yang rasa kecewa, tapi apa yang saya nak cakap, saya dah buat yang termampu. Akan ada karya saya selepas ini. Terima kasih semua.”
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Astro, kerana memberi saya dan rakan artis yang lain, ruang untuk berkarya. GV ni pentas yang besar. Bukan calang-calang penyanyi.”
Apapun tahniah buat Aweera, semoga akan lebih sukses selepas ini.