Ini sebabnya kenapa Mila Jirin taja majlis resepsi Heliza, puluhan ribu ringgit juga tu

10,030 views

Baru-baru ini telah diadakan satu lagi majlis resepsi penyanyi Datin Seri Heliza Helmi dan suaminya Datuk Seri Mahadi yang diadakan di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor pada tarikh 22 Januari 2022.

Majlis resepsi kali ini telah ditaja oleh Bizmilla Wedding Centre yang dimiliki oleh penyanyi yang juga ahli perniagaan Mila Jirin.

Dianggarkan, tajaan membuat majlis resepsi ini menelan belanja puluhan ribu ringgit, satu nilai yang agak besar juga.

Menjawab tentang mengapa menaja majlis resepsi untuk Heliza dan suami, Mila memberitahu sebenarnya, nilai persahabatan antara dirinya dan Heliza tak dapat dinilai dengan nilai wang ringgit.

“Hadiah serta nilai majlis resepsi ini tak dapat nak dibandingkan dengan usia persahabatan kami yang dah cecah lebih kurang 15 tahun lamanya. Apa yang saya buat ini atas kasih sayang seorang sahabat.”

“Saya buat empayar business wedding ini bermula dari tahun 2013, oleh itu tidak salah jika saya hadiahkan sesuatu yang dekat di hati untuk rakan tersayang.”

Mila Jirin mendedahkan, mulanya Heliza sendiri yang hubunginya untuk bertanya tentang availability dewan Bizmilla pada tarikh 1 Januari 2022.

“Masa tu, saya tak syak dan tidak ketahu bahawa dia akan berkahwin. Bila dia tanya tentang dewan kosong untuk tarikh berkenaan, saya pun tak tanya secara lanjut untuk siapa.”

“Namun, permintaan itu tak dapat dipenuhi kerana semua enam dewan dah fully booked. Saya pun tak tahu dia akan nikah pada tarikh berkenaan. Perbualan kami pun hanya terhenti di situ.”

“Selang beberapa hari kemudian, saya dapat undangan majlis persandingannya melalui hantaran WhatsApp, memang terkejut.”

“Memang saya gembira terima berita itu, sampai saya pun lupa nak tanya dengan siapa Heliza akan kahwin.”

Jelas Mila Jirin, dia mengalirkan air mata ketika melihat Heliza dan suami melangkah masuk ke dewan ketika majlis persandingan berkenaan. Mila juga akui sebenarnya beberapa kali Heliza menolak niatnya untuk menaja.

“Terima kasih Heliza sebab terima hadiah ini, walau dah beberapa kali menolak. Saat Heliza melangkah masuk ke dewan, dengan busana yang cantik, diiringi selawat dan alunan ayat suci, saya gembira sampai mengalirkan air mata.

Tentang hubungan antara dirinya dan Heliza, Mila menjelaskan Heliza seorang kawan yang istimewa.

Heliza selalu ada di saat Mila sedang jalani detik sukar terutama dalam bidang perniagaan. Heliza juga antara individu yang memberi sokongan kepada Mila ketika mula-mula mengenakan tudung dan berhijab.

“Masih ingat lagi, mula-mula nak berubah, berhijrah dan bertudung, ianya agak berat. Saya cerota pada Heliza dan dia terus berdoa untuk saya dab beri komen-komen untuk saya istiqamah. Heliza juga hadiahkan tudung dan jubah ketika itu.”

“Ketika perniagaan saya terkesan, Heliza selalu bantu saya, dan buat promo tentang produk-produk saya.”

Mila Jirin dan Heliza merupakan perserta dalam rancangan Akademi Fantasia musim ke 5. ketika itu Mila dinobatkan sebagai juara, manakala Heliza merupakan finalis.