Gelaran pangkat Dato, ini komen dari Neelofa

11,250 views

Dato Neelofa, memang satu gelaran atau pangkat yang amat secocok sekali, apatah lagi selebriti yang juga usahawan ini merupakan satu nama yang amat berpengaruh selain telah mengharumkan nama tanah air, Malaysia di serata dunia.

Kalau ikutkan, Neelofa memang dah layak dapat pangkat Dato. Dan memang ramai yang setuju dan tak ada mempersoalkannya, kerana semua tahu Neelofa memang seorang yang amat sukses.

Selain berjaya dalam bidang seni dan hiburan tanah air, Neelofa juga merupakan seorang ahli perniagaan yang amat hebat, dan telah menjadikan brand tudungnya sebagai satu nama yang amat besar di Malaysia dan negara sekeliling.

Dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh Neelofa, ada yang bertanya adakah Neelofa masih belum dapat gelaran Dato / Datuk.

Melalui laman IG miliknya, ada peminat yang tanya sendiri kepada Neelofa tentang hal berkenaan. Lofa tak dapat datuk ke, tanya peminatnya dan kemudian, inilah jawapan Neelofa.

Bintang Paling Popular pada tahun 2015 ini telah memberikan jawapan yang amat merendah diri.

“Lofa tak dapat Dato ke? Lofa tak dapat dato, tak dapat datin semua tak dapat. Bukan tak dapat, tapi saya happy dengan hanya menjadi Neelofa”

“Kalau dapat Dato pun mungkin Lofa tak akan terimanya. Because saya rasa dah terlalu ramai sangat orang yang berdatuk-datuk sekarang. Ianya tak ada membezakan apa pun, dato atau tiada dato, saya tetap jalani kehidupan macam biasa.”

Di ruangan komen, para peminat Neelofa memujinya kerana tak terlalu mengejar pangkat tetapi lebih mementingkan mutu kerjanya.

So humble. Biar tak dpt pangkat dato didunia, asal kan dapat Dato disyurga firdausi Allah sudah mencukupi, amin” tulis seorang peminat setia Lofa.

Bukan humble tapi poin Lofa tu betul, dah bersepah dato sampai tak nampak eksklusif” kata seorang followernya.

Indeed, bila terlalu ramai yang jadi Dato ia dah jadi macam biashe2” tambah seorang lagi follower yang setuju.

Apapun, tahniah buat Neelofa di atas pelbagai kejayaan yang dikecapi dalam usia yang masih muda, baru 30 tahun. Semoga terus sukses di masa depan.