“Offer letter pun tak ada..” Abang Qu dedah dia hanya berlakon sebagai PA Dato Seri Vida

9,459 views

Ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Vida baru-baru ini ada umum dah mengambil seorang pembantu peribadi baru yang dikenali dengan nama Abang Qu.

Abang Qu atau nama penuhnya Syed Qusyairi dikatakan menjadi PA kepada DS Vida dengan gaji sebanyak RM10 ribu sebulan.

Ianya memang satu pendapat yang amat lumayan untuk seseorang yang bergelar pembantu peribadi atau PA.

Namun sejak kebelakangan ini, Abang Qu dilihat tak banyak bersama dengan Dato Seri Vida. Ini sekaligus mencetuskan tanda tanya apa yang terjadi.

Demi menjawab persoalan yang timbul akhirnya Qusyairi membuat pendedahan yang sebenarnya dia bukannya PA kepada Dato Seri Vida.

Jelas Qusyairi, sebenarnya dia hanya diajak untuk berkolaborasi saja dengan Dato Seri Vida, dan boleh dikatakan seperti berlakon sebagai PA saja.

Malahan Qusyairi juga mendedahkan dia memang tak ada menerima sebarang offer letter sehingga kini.

“Sejak dah habis rakaman muzik video untuk lagi Ku Ikhlaskan, saya tunggu untuk dapat offer letter kerja, sebab itu kan penting, tapi sampai sekarang ni memang tak ada.”

Kata Qusyairi lagi, dia bukannya dah berhenti, sebab memang tak ada offer letter jadi sebenarnya dia pun bukannya bekerja di bawah DS Vida, tetapi berkerjasama saja.

“Taklah saya guna perkataan dah berhenti tu, sebabnya memang tak ada offer letter pun. Berhenti ni kalau awak dah signed agreement.”

“Kami hanya berkolaborasi, contohnya kalau ada apa-apa event nak saya datang, jika saya tak ada apa-apa kerja, maka saya akan datang.”

“Saya memang acting PA saja, iaitu bila depan camera saya akan berlakon jadi PA dia.”

Jelas Qusyairi yang disapa dengan nama Qush, akui bahawa ketika ini, dia memang dah tak buat lagi sebarang kolaborasi dengan Dato Seri Vida.

“Sekarang ni kini kami memang dah tak buat sebarang kolaborasi bersama lagi, sebab tak ada agreement.”

Qusyairi yang baru berumur 26 tahun menjelaskan, dia kini mahu fokus dengan perniagaan yang dijalankan olehnya.

Ini ada tiga video menunjukkan pendedahan dari Qusyairi tentang isu ini.

@fanss.iqbaldsv PART1⃣ dengar smp habisss❗❗❗❗kes ni mcm iqbal dulu je #fypシ #fyppp #virallll #tiktokvirall #dsv #abgqu ♬ 原声 – sakit💔

Tonton pendedahan part kedua.

@fanss.iqbaldsv PART ✌ selama ni pa acting je ?#abgqu #dsv #tiktokvirall #virallll #fyppp #fypシ ♬ 原声 – sakit💔

Ini pula part terakhir tentang kes ini.

@fanss.iqbaldsv last part #fypシ #fypppp #tiktokvirall ♬ 原声 – sakit💔

Itulah penjelasan terperinci dari Qusyairi yang sebelum ini dikatakan PA kepada Dato Seri Vida.