Guru dan pelajar kolej, antara gadis buat report polis terhadap pendakwah selebriti

6,355 views

Ramai yang tak senang duduk mendengar perkembangan kes melibatkan seorang pendakwah selebriti yang pernah menyertai rancangan kerohanian, Dai.

Pendakwah berumur 25 tahun itu kini dutahan reman oleh pihak polis atas kes dakwaan melibatkan seorang gadis. Gadis berkenaan mengatakan dirinya menjadi mangsa kerakusan pendakwah berkenaan, dan ianya telah berlaku pada tahun lepas.

Setelah isu ini tersebar, akhirnya ada beberapa lagi mangsa tampil buat laporan polis ke atas suspek yang sama.

Sehingga kini, polis mengesahkan menerima sebanyak 6 laporan polis berkaitan kelakuan pendakwah yang juga penyanyi itu.

Salah seorang mangsa yang buat report polis ialah pelajar kolej berumur 22 tahun. Kejadian berlaku pada bulan Oktober yang lalu. Kisahnya adalah pendakwah berkenaan mengajaknya datang ke rumah untuk belajar bidang marketing.

Ketika di rumah pendakwah berkenaan, wanita muda itu menjadi mangsa dan kemudian jadi trauma sehingga menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Kemudian seorang lagi gadis berumur 22 tahun tampil buat laporan polis ke atas pendakwah berkenaan. Wanita berkenaan meruapkan seorang guru.

Mangsa buat report di Balas Polis Damansara ke atas pendakwah berkenaan.

Hal ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor iaitu Datuk Fadzil Ahmat. Jelasnya suspek sepatutnya sudah tamat tahanan reman, namun kerana ada lagi beberapa report polis yang baru, perintah reman akan dipohon untuk siasatan lanjut.

Sebanyak enam report polis diterima iaitu lima report di Shah Alam dan satu di Petaling Jaya.

Tambahnya, pihak berkuasa kini menyeru untuk lebih banyak mangsa lain tampil membuat report polis sekiranya pernah alami nasib yang sama. Pihak polis juga memberi pesanan agar jangan sesekali bimbang dan takut untuk melaporkan hal seperti itu kepada pihak berkuasan.

Pendakwah sebelum ini mula terkenal setelah menyertai rancangan Dai dan turut mempunyai lagu single yang baru dilancarkan.