Habis Syafiq Kyle kena dengan Kak Ogy

6,288 views

Sebut je nama Syafiq Kyle mesti ramai kenal. Dari budak kecil sampailah orang tua, semua pun dah kenal. Kini memang tak dinafikan bahawa nama Syafiq Kyle tengah naik di industry hiburan tanah air. Banyak naskah lakonannya yang dimainkan di kaca televisyen.

Terkenang kembali pengalaman pertama Syafiq Kyle berlakon dengan pelakon hebat, Fauziah Ahmad Daud (Kak Ogy), pelakon ini memberitahu ketika itu dia memang gementar, gugup dan cuak habis, ial;ah berlakon dengan seorang yang penuh karektor.

Syafiq Kyle akui, dia pernah habis ‘kena’ dengan Ogy Ahmad Daud di lokasi penggambaran kerana Syafiq telah dilihat menguap ketika babak bermula.

Ini pendedahan Syafiq: “Sy ingat lg gandingan first time dengan Kak Ogy iaitu sebuah drama untuk hari raya. Sy ketika itu menguap dan kemudian, tiba-tiba Kak Ogy terus tegur sa agar lebih serius ketika kerja.

Pernah kerja bersama sebelum ini, Syafiq Kyle dan Ogy Ahmad Daud bverganding sekali lagi dalam filem Pusaka. Dan kali ini Syafiq Kyle lebih bersedia untuk berlakon dengan Kak Ogy sebab dah faham cara kerja dan disiplin yang diamalkan Kak Ogy.

Ini jelas Syafiq: “Ini kali ketiga saya dan Kak Ogy kerja bersama dan sy dah sedia sebab dah memahami cara kerja dia”

Syafiq Kyle memegang watak utama dalam filem Pusaka yang merupakan filem arahan Razaisyam Rashid.

Dalam filem ini, Syafiq Kyle telah memegang watak sebagai seorang polis, Inspektor Nuar Ishak dan watak utama pelakon perempuan bernama Nuraini, yang dilakonkan oleh kekasih sebenar Syafiq iaitu Mimi Lana.

Selain Shafiq, Mimi Lana dan Kak Ogy, pelakon ternama lain yang membintangi filem Pusaka ialah Faizal Hussien, Sweet Qismina, Aleeza Shahdan, dan juga Hafid Roshdi.

Tak sabar nak tengok filem Pusaka.

Share this on...