Halau kekasih adik yang duduk di banglonya, ini penjelasan penuh Shila Amzah

7,080 views

Semalam, Shila Amzah telah beri sedikit perkembangan terbaru tentang rumah banglo miliknya. 

Rumah berkenaan yang terletak di Selangor, didiami oleh ibu Shila Amzah bersama adik beradiknya. 

Melalui satu pendedahan, Shila Amzah mengatakan, rumah itu turut didiami oleh seorang wanita bernama Eiza. 

Wanita berkenaan dikatakan merupakan kekasih kepada adik Shila iaitu Syafiq Amzah. 

Nama Eiza sebelum ini pernah jadi sebutan setelah dikatakan turut berada bersama Syafiq ketika mengambil kereta ND Lala yang menjadi tular tak lama dulu. 

ND Lala pernah menyatakan Eiza merupakan individu yang merekod video mereka ketika bertemu. 

Berbalik kepada Shila, penyanyi berumur 33 tahun ini telah menulis akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Eiza sekiranya wanita berkenaan tidak keluar dari rumah miliknya itu. 

Jelas Shila lagi, Eiza dah lama tinggal di rumah berkenaan sejak dari tahun 2021 lagi dan ianya tidak mendapat keizinan dari Shila. 

Menjawab pertanyaan warga maya, Shila mengatakan Eiza duduk tanpa membayar apa-apa. 

“Orang luar yang sebenar, Eiza, sila keluar dari rumah saya paling lewat esok.” 

“Jika tidak, saya akan ambil tindakan undang-undang.” 

“Lagi satu, jika ada lagi sebarang kenyataan dari Eiza tentang keluarga saya, saya akan hantar surat saman.” 

“Saya dah minta dia keluar melalui ibu sejak tahun lepas lagi. Masuk tanpa kebenaran.” 

Katanya Eiza juga seringkali hadir ke acara keluarganya dan kurang senang dengan sikap wanita berkenaan.

“Dia masuk melalui Syafiq lah, semua event keluarga dia ada.” 

“Tak kisahlah kalau dia baik, tapi apa yang saya lihat sejak kebelakangan ini menunjukkan sikap yang sebaliknya.” 

“Duduk sejak banjir tahun 2021 sampailah sekarang, memang tak lah eh.” 

Shila berkata dia dah letih dan kali ini sampai level geram. 

Shila Amzah juga menjawab pertanyaan siapakah anak kecil yang seringkali ada bersama keluarganya bernama Icha. 

Kata Shila, budak bernama Icha itu merupakan anak buahnya, dan ia tak ada kena mengena dengan Eiza. 

Jelasnya lagi, kali ini dia akan bertegas dan tetap meneruskan niatnya untuk melepaskan rumah berkenaan. 

“Memang jadi, akan kotakan janji saya sama seperti apa yang saya cakapkan. Saya dah ada perancangan sendiri.” 

Itulah perkembangan terbaru tentang isu rumah banglo milik Shila Amzah, yang mana kali ini mendedahkan ada orang luar lain yang duduk di rumah tersebut.