“Hanya mereka yang tahu hal sebenar” Ini komen Kazar, ayah kepada Ira Kazar

15,937 views

Pelakon Puteri Sarah Liyana telah mendedahkan nama Ira Kazar sebagai wanita yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinannya dengan pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof.

Setelah memetik nama Ira Kazar secara terbuka, maka ramai mula tercari-cari dan nak tahu dengan lebih lanjut tentang wanita ini.

Rupanya Ira Kazar ini merupakan anak kepada pelakon senior tanah air iaitu Kazar.

Menerusi laporan portal Harian Metro, Kazar telah ditanya pihak media tentang hal yang sedang melanda anak perempuannya itu.

Tidak mahu masuk campur dan tidak tahu dengan detail, Kazar berkata hanya anaknya yang tahu hal sebenarnya. Oleh itu, walau pun sebagai ayah, dia tak mahu memberi komen yang lebih lanjut.

“Tak payahlah beri kenyataan, tak ada apa nak saya komen pun. Susah mahu cakap hal ini. Sebabnya hanya mereka saja tahu apa sebenarnya yang berlaku.”

“Apa yang saya tahu, isu ini dah kecoh dan telah banyak diperkatakan baru-baru ini. Cuma, saya pun tak tahu nak komen macam mana dah. Saya ni pun kenalah juga jaga hati semua pihak apatah lagi di bulan Ramadan ini.”

Itu komen ringkas dari Kazar tentang isu yang sedang melanda anak perempuannya Ira Kazar dan pasangan suami isteri Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah Liyana.

Kazar dilihat berhati-hati dalam memberi komen kerana tak mahu ada pihak yang terguris.

Untuk info, Puteri Sarah Liyana ada mendedahkan bahawa selama empat tahun, Ira Kazar didakwan telah mengganggu suaminya Syamsul Yusof iaitu anak kepada Datuk Yusof Haslam.

Dikatakan dah terlalu lama bertahan, kini Puteri Sarah Liyana dah tak dapat bersabar lagi lantas menyebut nama Ira Kazar secara terbuka.

Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof bernikah pada 8 Mac 2014 dan sepanjang lapan tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua orang anak.