Zul Ariffin hadiahkan kereta mewah kepada Gayatri Su Lin Pillai

12,117 views

Pelakon terkenal tanah air, Zul Ariffin telah membuat satu kejutan yang tak disangka-sangka. Ini apabila Zul telah memberi hadia sebuah kereta mewah kepada sahabat baiknya yang juga penerbit filem berjaya iaitu Gayatri Su Lin Pillai.

Hal berkenaan diceritakan sendiri oleh Gayatri menerusi satu posting di laman media sosial miliknya hari ini.

Penerbit berumur 46 tahun itu telah muatnaik satu video pendek yang menunjukkan kegembiraannya menerima hadiah pemberian dari Zul Ariffin itu, sebuah keret amewah berwarna hitam.

“Pada hari ini, saya telah menerima hadiah yang saya tak pernah terima sepanjang hidup saya.”

“Memang saya dah kehilangan kata-kata, buat pertama kali dalam hidup macam ni. Saya tak pernah dapat membayangkan yang saya akan dapat hadiah yang amat sweet dan hebat macam ini, ever. Terima kasih sangat kepada Zul Ariffin ikhlas dari hati saya.”

Gayatri turut memberi emoji hati atau love kepada Zul Ariffin.

Di ruangan komen, Zul Ariffin menulis komen simple, iaitu “Yay.” Komen itu turut diikuti dengan emoji hati.

Selain itu, ramai rakan artis yang lain turut menulis komen gembira dengan hadiah yang diterima oleh Gayatri, antaranya Liyana Jasmay, Nabila Huda, Zalif Sidek dan Arash Mohd.

Untuk yang tak tahu, Gayatri ini merupakan individu yang banyak menaikkan nama Zul Ariffin sejak di awal kemunculannya dulu.

Sehinggalah sekarang ni, di umur 36 tahun, Zul Ariffin telahpun dilabel sebagai pelakon gred A dan berjaya memenangi banyak award termasuk Pelakon Lelaki Terbaik dalam filem dan juga dalam drama.

Pernah dikatakan mereka berdua ada menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih namun ianya telah berakhir. Walaupun begitu, hubungan mereka tetap baik dan masih kekal sebagai rakan sehinggalah sekarang.