Haqiem Rusli beli kereta RM120 ribu, kali ini untuk ibunya

5,570 views

Baru berumur 21 tahun, penggiat seni tanah air, Haqiem Rusli kini antaar yang sedang meningkat naik. Bukan sahaja sebagai penyanyi, Haqiem Rusli jug amerupakan composer berbakat besar.

Malah kejayaan Haqiem sebagai penulis dan pencipta lagu diiktiraf setelah berjaya memenangi anugerah composer muda paling berpotensi untuk tahun 2019 yang telah dianjurkan oleh MACP.

Kejayaan Haqiem Rusli ini bukand atang bergolek, tetapi adalah hasil kerja kerasnya selama beberapa tahun ini.

Kini, Haqiem Rusli mula memberi self-reward kepada diri sendiri. Sebelum ini penyanyi ini viral setelah membeli sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz.

Harga kereta jenis yang dibeli Haqiem Rusly itu dianggar mencecah RM290 ribu ringgit.

Dan kini dalam perkembangan terkini, Haqiem Rusli telah memeli sebuah lagi kereta berharga sekitar RM120 ribu ringgit.

Kereta baru yang dibeli oleh Haqiem Rusli ialah kereta Proton X70, dan ianya bukanlah untuk diri, tetapi dihadiahkan kepada ibu tersayang.

Haqiem telah muatnaik gambar bersama ibu dan kereta baru itu menerusi laman media miliknya baru-baru ini.

Ibunya, Nazrah Ahmad Nordin ternyata gembira dengan hadiah berkenaan, ini tulis Haqiem: “Suka emak dapat kereta baru”.

Jom baca kenyataan dari Haqiem Rusli tentang kereta baru milik ibunya itu.

Ibu luah hasrat beli kereta baru sejak awal tahun. Namun baru sekarang ini ada rezeki untuk kami beli. Saya dan ibu, berkongsi duit dan membeli kereta ini bersama-sama”.

Sebenarnya, saya tak mahu heboh-hebohkan cerita berkenaan beli kereta baru ini. Nanti, ada pihak mula rasa kurang selesa tentangnya”.

Tapi bila ada yang tanya, saya okay saja untuk beri penjelasan. Sama ada kereta ini dibeli secara tunai atau ansuran tu, biarlah rahsia ye”.

Kata Haqiem Rusli lagi, dia memang berusaha nak gembirakan hati ibunya, dan sebenarnya kereta itu telah lama diidamkan oleh ibunya. Bagus Haqiem Rusli ini. Sebelum ini pun, kereta Mercedes yang dibeli, telah dipandu oleh bapanya, memandangkan Haqiem belum ada lessen lagi.