Syukur, ada berita yang amat baik tentang seorang pelakon drama iaitu Ika Nabella. Di umur sudah masuk 31 tahun, akhirnya Ika Nabella kini cuba untuk berhijrah dan telah mengenakan tudung menutup aurat.
Kata Ika Nabella, dia akan cuba sebaik mungkin berhijrah secara slow-slow dek kerana takut percubaannya untuk berhijrah itu akan terjejas.
Anjakan serta perubahan ini diharapkan akan membuatkan diri Ika Nabella menjadi seorang insan yang lebih baik, isteri dan ibu yang sempurna. Ini komen dari tuan punya badan, jom baca.
“Secara jujur, saya memang ada pasang niat nak pakai tudung lama dah namun hati saya selalu saja ada rasa bolak-balik. Kalau ikutkan sebelum ini saya dah banyak kali saja try pakai tudung tetapi ketika itu saya fikir lebih kepada duniawi dan demi karier saya”.
“Sekarang ni dah masuk umur 31 tahun, saya rasa dah capai apa yang saya nak, walau hidup saya ni amat sederhana, bagi saya tuhan dah beri semua yang saya hajatkan”.
“Ketika masih bujang dulu, saya nak berumahtangga dan Allah telah hadirkan suami. Selepas saja kahwin, dalam masa tiga tahun saya doa nak anak. Dan tak lama, akhirnya Allah makbulkan doa saya”.
“Masa dapat zuriat tu saya mula terdetik, sebenarnya apa saya nak semua dapat tetapi saya tak pernah pun nak sempurna diri ni dengan menutup aurat dan sebagainya”.
Sejak mula bergelar ibu, Ika Nabella mula rasai perubahan ketara dalam dirinya, dan anak juga antara pendorong utama dia untuk berhijab.
“Anak ni telah banyak ajar saya serti kehidupan dan scara tak langsung beri dorongan. Saya mahukan memori dia dipenuhi dengan benda baik-baik dan lihat saya sebagai seorang role model”.
Tahniah buat Ika Nabella di atas imej terbaru ini, semoga dipermudahkan dan akan murah rezeki selalu.