Kalau dia kahwin tapi tak jemput tak tahulah, family tak ada halangan, Sharifah Shahirah

6,723 views

Pertanyaan yang paling kerap semaalm adalah tentang status selebriti Sharifah Sakinah. Setelah muatnaik komen emoji cincin, Ianya bagai memberi petunjuk bahawa dirinya kini sudah jalin hubungan dengan kekasih hati dari Sweden, Michael Hansen.

Ramai netizen di luar sana, tertanya, cincin itu tanda dah nikah ke, atau dah bertunang. Sejak meinggalkan komen emoji cincin itu, tiada kenyataan lanjut dari Sharifah Sakinah.

Untuk mengetahui hal ini dengan lebih lanjut, pihak media telah medapatkan kenyataan dari kakak Sakinah iaitu Sharifah Shahirah atau Shiera.

Akhirnya Shiera menjelaskan, sepanjang yang dia tahu, adiknya itu belum ada jalin hubungan dengan Michael Hansen, belum lagi berkahwin.

 “Ye kah? Sumpah saya memang tidak tahu menahu tentang hal sama ada dia dah berkahwin atau dah bertunang. Tak lah, sebenarnya dia gurau je dengan netizen tu. Tapi kalau dia kahwin tapi tak jemput kita tak tahu lah kan kerana saya memang tidak diberitahu apa-apa pun”.

“Walaupun apa yang terjadi, family kami tak ada sebarang halangan jika dia dah bertemu jodoh yang baru. Itu adalah life dia, cuma saya minta sila doa yang baik-baik untuk Kinah”.

Berkata tentang komen emoji cincin yang jadi viral itu, Shiera merasakan adiknya itu hanya bergurau dan mengusik netizen sahaja.

“Semua pun tahu Sakinah ni jenis macam mana, dia suka mengusik orang, dan happy go lucky”.

“Mungkin komen emoji cincin tu kerana dia nak usik rakyat Malaysia iaitu para netizen di luar sana. Dia jenis yang tak suka cari pasal pun apatah lagi tentang hal yang kecil, cumanya kadang-kadang tu dia terlebih hyper saja”.

“Sakinah itu adik saya, darah daging saya. Saya amat sayangkan dia”.

Itulah komen dari Sharifah Shahirah tentang isu melibatkan adiknya Sharifah Sakinah. Nampaknya family pun tak tahu tentang sebarang majlis pertunangan atau pernikahan. Maka mungkin benarlah, Sakinah tu hanya menyakat sahaja.