“Harap ajar dia bawa motor dengan betul” Azhan Rani

18,771 views

Azhan Rani melahirkan ras syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini, setelah mengalami kemalangan jalan raya.

Syukur dengan di atas keizinan dari Allah, diri ini masih lagi dapat terus bernafas.” Itu yang ditulis oleh pelakon ini melalui satu post di Instagram miliknya.

Sepanjang mengalami kemalangan, Azhan Rani akui, Beto Kusyairi dan isteri yang banyak membantunya.

“Pihak doktor bagitahu tulang aku pecah namun dua orang insan hebat ni yang dah jadi tulang belakang aku untuk aku terus berdiri. Dulu dan kini, ini harta lumayan anugerah buatku dari Tuhan.”

“Terima kasih sahabat saya Beto Kusyairy dan isterinya Tisha Shahar. Tak lupa juga kepada sahabat sayang yang lain yang bertanya khabar. Semoga syurga akan tunggu kalian kelak.”

Selain itu, Azhan Rani turut muatnaik keadaan dirinya sebaik saja mengalami kemalangan. Ada beberapa orang ramai yang berada di sana dan membantunya.

“Kepada Muhammad firdaus dan semua yang ada tolong saya pada hari kejadian iaitu 17 January 2022 lebih kurang jam 12 setengah di jalan Templer Park, semoga Allah akan merahmati kalian. Terima kasih di atas jasa baik kalian semua.”

“Buat dua orang abang lori yang berdiri sebelah saya tu, terima kasih sebab dapat stop lori dan tak langgar saya.”

Azhan Rani selepas kemalangan

Selain itu Azhan Rani juga ada mengatakan pesanan kepada penunggang motorsikal yang terlanggar dengannya.

“Kepada dua orang adik yang naik motor kapcai sambil bersembang tak pandang depan, dan secara tiba-tiba masuk lane saya nak buat pusingan, semoga korang taidak ada apa-apa.”

“Maaf abang tinggikan suara kepada kalian semasa dalam ambulance. Minta jangan bawa motor macam tu lagi. Maaf buat motor kamu hancur.”

Kemudian, ada seorang wanita yang menulis di IG Azhan Rani mengakui itu merupakan anak buahnya yang kini turut tercedera akibat pertembungan berkenaan.

“Awak bertembung dengan anak buah saya, dia di hospital operate kerana cedera jari dan tumit.”

Azhan kemudian membalas: “Harap dapat ajar dia bawa motor dengan betul dan tak membahayakan orang lain.”

Semoga Azhan Rani cepat sembuh dari kemalangan ini.