“Saya dah maafkan Mawar, dia tetap emak kepada anak saya” Fizo Omar

8,070 views

Pelakon Fizo Omar dan bekas isteri, Mawar Karim atau Mawar Fareeda jadi tumpuan gara-gara luahan hati Mawar.

Mawar membuat satu hantaran di Instagram story berkaitan anak perempuannya, Wan Maryam. Ada satu foto menunjukkan Maryam kelihatan keseorangan ketika berada di Legoland minggu lepas.

Selain itu Mawar juga ada muatnaik video memperlihatkan Maryam berasa sedih ketika bercuti.

Kemudian Fizo Omar menafikan dakwaan berkenaan dan mengatakan mustahil dia akan abaikan satu-satunya anak kandungnya.

Fizo juga memaklumkan dia dah maafkan bekas isterinya itu selain bersimpati kerana ada pihak yang terus memberi komen yang kurang baik kepada Mawar.

“Saya rasa kesal apabila adanya dakwaan seperti ini dari pihak lain. Ini membuatkan Mawar teruk kena dengan netizen. Saya sebenarnya tak ada lah kena kecaman sangat apatah lagi saya tak berapa nak ambil peduli dan agak sibuk dengan business saya.”

“Dilihat ramai juga netizen di luar sana yang bantai Mawar. Oleh itu, apabila ada orang cerita dengan saya bahawa Mawar kena teruk, saya bersimpati dengannya. Semua pandangan dia, saya tetap hormati.”

“Saya dah maafkan Mawar. Sebab ketika itu, mungkin dia terlalu beremosi dan mungkin juga ada berlakunya salah faham.”

Fizo Omar mengharap semua pihak mengentikan segala komen-komen, terutama kepada Mawar kerana dia tetap anak kepada Maryam.

“Saya harap semua orang janganlah nak buat sebarang andaian. Janganl mudah nak hukum dan komen yang tak elok kepadanya. Kita kena sangka baik dengan semua benda. Apapun, dia tetap ibu kepada anak saya.”

Itulah respon dari Fizo Omar tentang isu yang melibatkan Mawar seperti yang dilaporkan oleh portal Oh Bulan.

Untuk info, setelah berpisah dengan Mawar, Fizo mengatakan dia hanya dapat berjumpa anaknya itu dua kali dalam sebulan, dan setiap pertemuan sudah tentu dia akan luangkan dengan sebaik mungkin.