“Saya gementar, bila-bila masa boleh bersalin” Neelofa sedang menghitung hari

4,853 views

Pelakon dan pengacara Neelofa, 32 tahun, kini sudah pun hamil dan usia kandungan sudah masuk term, bermakna dah lebih dari lapan bulan.

Semalam, ketika di satu event susu Nilofa, Neelofa dan suaminya Pu Riz telah hadir bersama. Kata Neelofa, ketika ini dia hanya sedang menghitung hari saja untuk melahirkan anak pertamanya.

Antara perasaan sedang yang bermain difikirannya ketika ini sudah tentu berasa teramatlah gementar.

“Yes betul, sekarang ini saya tengah tunggu saja, orang kata tengah menghitung hari. Memang dah dekat dah masa ni, bila-bila masa saja saya boleh bersalin. Insyaallah nanti kami akan umumkan berita kelahiran kelak.”

“Memang perasaan benar-benar gementar untuk melalui proses melahirkan ini, harapnya akan dapat bersalin secara normal kalau semuanya berjalan lancar.”

Neelofa dan suaminya meamng sudah bersedia dan telahpun buat perancangan dengan rapi.

“Syukur alhamdulillah barang-barang baby semua dah kami sediakan. Memang proses kehamilan, mengandung, melahirkan anak dan bergelar ibu akan jadi satu pengalaman yang begitu berbeza.”

“Persiapan mental juga amat perlu dan saya banyak membaca selain bertanya kepada family saya.”

Jelas Neelofa lagi, dia memilih untuk bersalin di Kuala Lumpur saja.

“Saya akan melahirkan cahaya mata ini di Kuala Lumpur saja. Apapun terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan saya. Minta segala urusan akan dipermudahkan.”

Pada Mac tahun 2021, Neelofa dan Haris selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Kemudian ada ura-ura mengatakan Neelofa telah pun hamil sekitar bulan Julai, namun sejak berita berkenaan mula tersebar, Neelofa dan suaminya memilih untuk kunci mulut, tidak memberi sebarang komen dan berkata hanya akan memberi kenyataan sekiranya anaknya selamat bersalin.