Heliza Helmi tak biasa dipanggil Datin Seri “Panggil Kak Ja saja”

3,905 views

Kini dah lebih 40 hari, penyanyi Heliza Helmi bergelar isteri kepada Datuk Seri Mahadi. Ini sekaligus Heliza membawa gelaran Datin Seri.

Ketika tampil di satu sidang media semalam, Heliza Helmi akui dirinya masih rasa janggal dengan gelaran berkenaan.

Penyanyi berumur 36 tahun ini, masih belum biasa dengan panggilan Datin Seri yang diterimanya.

Heliza Helmi selalu saja meminta orang ramai memanggilnya dnegan nama Kak Ja sahaja.

“Kalau boleh panggil saja nama Kak Ja. Saya ni masih sama saja. Itulah saya dari dulu lagi. Jika ada yang panggil Datin Seri, sudah tentulah kita akan raikan tetapi selepas tu saya cakap saya okay dan lebih selesa kalau dipanggil dengan nama Kak Ja saja.”

“Kadangkala kita ni buat buat program motivasi dengan para pelajar, jadi panggilan Kak Ja itu akan membuatkan kami lebih rapat dan mesra, bagaikan seperti kakak dan juga adik.”

“Jika untuk majlis formal atau majlis rasmi, yang itu kita kena ikutlah tetapi untuk panggilan boleh saja panggil nama Heliza atau Kak Ja.”

Setelah bergelar isteri, Heliza akui dia masih lagi belajar selok belok dalam berumah tangga.

“Jujur cakap memang banyak lagi saya kena belajar, inikan benda baru untuk saya, mesti ada yang kita tak biasa lagi, saya sedang nak menyesuaikan diri sebagai isteri. Boleh cakap seperti budak tadika yang baru pergi sekolah.”

“Apapun, syukur sebab semua urusan dipermudahkan. Tentang kerjaya saya pun tak ada mengganggu. Suami tahu jadual saya memang padat. Semua benda kita akan bincang dan dapaytkan kata sepakat bersama.”

“Lepas kahwin ni memang rezeki pun hadir yang tak dijangka, syukur sangat.”

Diimbas kembali, Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari 2022.