“Saya bukan dengan Shuib”

5,778 views

Identiti wanita yang sedang mengenali hati Shuib Sepahtu masih belum lagi diketahui secara umum. Ramai yang buat anggapan tersendiri sampaikan da beberapa nama telah dipetik oleh netizen dan orang ramai.

Shuib sehingga kini tak ada memberi kenyataan tentang siapakah wanita berkenaan, sekaligus membuatkan netizen terus buat speku. Dan yang paling baru, nama yang naik ialah Hazwani Helmi.

Untuk info, Hazwani Helmi, 25 tahun, merupakan adik kepada Datin Seri Heliza Helmi. Apabila ditanya tentang ura-ura ini, Hazwani memberi komennya.

Saya terkejut jugalah, akan tetapi benda itu tidak betul.” Itulah kata-kata penafian dari Hazwani tentang dikatakan ada hubungan dengan Shuib.

Hazwani menambah, dia memang kenal Shuib,sebagai pelawak dan pelakon terkenal, tetapi bukalah kenal rapat.

“Semasa berita itu jadi bualan dan dihebahkan, saya baru balik dari kelas. Kemudian ada orang  ada tag akaun saya di Instagram. Sebenarnya saya hanya kenal Shuib sebagai artis dan pelawak, tapi tak pernah mengenali dirinya secara peribadi.”

Adik kepada Heliza ini berkata buat masa sekarang itu buat fokus utamanya. Hazwani kini merupakan pelajar dalam bidang psikologi di UIA, dan itu merupakan keutamaannya.

“Ketika ini, masih lagi jauh lagi perjalanan saya. Sekarang saya nak habiskan pengajian saya dalam bidang psikologi dulu. Dalam bulan Ogos nanti, barulah saya akan tamat belajar, graduate.”

Hazwani antara individu yang amat rapat dengan Datin Seri Heliza Helmi. Selain pergi menjalan misi bersama, Hazwani juga dah berlakon bersama kakaknya itu.

Hazwani dan Heliza akan berlakon dalam filem terbaru berjudul Road To Heaven.

Sementara itu, selain Hazawani, Shuib telah dikaitkan dengan ramai selebriti seperti Siti Nordiana, Wan Sharmila dan beberapa lagi. Namun semuanya menafikan hal berkenaan.