House tour, inilah rumah Madammu, pengasas Noir, penaja utama AJL36

17,503 views

Ingat kembali rancangan Anugerah Juara Lagu beberapa minggu lalu, sudah tentu ramai yang ingat dengan pihak penaja pada edisi kali ini.

Tak lain tak bukan ialah jenama Noir Health and Beauty. Untuk yang tak tahu, Noir ini diasaskan oleh seorang wanita bernama Eriyca Baiduri atau lebih dikenali dengan nama mesranya iaitu Madammu.

Jenama Noir ini semakin kukuh jenamanya di Malaysia dengan taglinenya iaitu cantik dengan Noir.

Noir juga dikenali dengan tema warna purple atau ungu dan ini dapat dilihat ketika di malam Anugerah Juara lagu, yang mana warna ini menjadi tema utamanya.

Apa yang penting, di malam AJL itu, Madammu menerima pujian ramai kerana menjaga batasan dan tidak terlalu mencuba untuk menyerlah walaupun bergelar penaja utama.

Bagi Madammu, apa yang penting ialah orang akan ingat jenama brand miliknya iaitu Noir.

Kerana penangan AJL itu juga, nama Madammu mula dicari-cari oleh orang ramai, yang mahu mengetahui lebih tentang wanita berstatus jutawan ini.

Okey kali ini, ada sedikit house tour tentang rumah yang sedang didiami oleh Madammu dan keluarganya.

Ini video penuh house tour rumah Madammu.

Ini pula beberapa gambar rumahnya, pertama sekali merupakan ruang tamu. Tempat untuk melayan tetamu.

Kemudian, ruangan meja makan.

Beralih pula kepada dapur, ada dapur kering dan dapur basah. Kata Madammu, tempat paling kerap ialah di dapur basah. Disinilah Madammu kerap membuat sesi live bersama para followernya.

Ruang luar rumah, tempat berehat bersama family terutama di waktu malam.

Ini antara bilik anak-anaknya.

Sedikit koleksi milik Madammu.

Kalau nak tengok lebih, boleh layan di video house tour rumah Madammu di atas tadi ye. Tahniah diucapkan buat Noir dan juga Madammu di atas kejayaan yang dikecapi.