JAKIM panggil Zul Ariffin dan Siti Hariesa, akhirnya Zul Ariffin minta maaf

8,969 views

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jakim mengesahkan akan memanggil mereka yang terlibat dalam video yang menampilkan babak yang dimuatnaik oleh Zul Ariffin.

Ini termasuklah pihak produksi drama dan juga pelakon yang terlibat iaitu Zul Ariffin serta Siti Hariesa.

Bagi Jakim, hal ini memang bercanggah dengan tuntutan agama serta budaya hidup masyarakat di negara Malaysia.

Dua kementerian iaitu Kementerian Hal Ehwal Agama serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia turut akan berbincang tentang kes ini.

“Dilihat dari sudut panduan agama serta budaya, hal seperti ini tak patutnya dibawa masuk ke negara kita. Malaysia ni negara yang pegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya timur.”

Timbalan Menteri Agama, Datuk Ahmad Marzuki mengatakan, hal ini membuatkan ramai pihak serta hampir seluruh masyarakat kurang senang dan mula resah, melihat buadaya tak baik ini didedahkan secara terbuka.

Benda macam ni boleh jadi ikutan kalau tak dibendung enggan sebaiknya. Oleh itu beliau turut menasihati agar mereka yang terlibat dengan industry seni agar lebih peka.

Dalam pada itu, setelah mengambil pendekatan berdiam diri, akhirnya Zul Ariffin tampil buat kenyataan tentang hal ini.

Pelakon ini telahpun meminta maaf di atas video yang telah dia upload itu.

“Dengan hati terbuka, saya sedia maklum dengan semua feedback dari pelbagai pihak tentang video yang dipaparkan berkenaan.”

“Oleh itu, saya minta maaf kepada semua yang terkesan di atas tindakan saya memuat naik video tersebut.”

“Saya juga akan lebih berhati-hati dan akan lebih meneliti selepas ini.”

Ini kenyataan penuh dari Zul Ariffin yang dibuat di laman Instagram miliknya petang tadi.

Semoga hal seperti ini tak akan berulang lagi. Tidak perlu lagi ada adegan seumpama yang dilakonkan oleh Zul Ariffin serta Siti Hariesa itu lagi selepas ini.