House Tour: Jom tengok rumah baru Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina

424 views

Siapa yang tak kenal dengan pemilik perniagaan Ainaa beauty dan Ainaa Clinic iaitu pasangan suami isteri Hafiz Mahamad dan juga Syafiqah Aina. 

Hebat dalam perniagaan, kedua mereka juga amat terkenal di laman media sosial kerana acapkali muatnaik content yang berjaya menarik perhatian ramai. 

Yang terbaru, Hafiz dan Aina akhirnya dah pun membeli sebuah rumah idaman yang baru. 

Jelas Hafiz, sebelum ini dia dan isteri hanya menyewa rumah saja, dan kali ini barulah membeli rumah sendiri. 

Katanya walaupun perniagaan sebelum ini maju, namun dia dan isteri hanya menyewa kerana mahu fokus kepada business yang sedang meningkat maju. 

Pembelian rumah baru ini juga adalah seratus peratus di atas nama isterinya. 

Sebelum membeli, Hafiz juga meminta Aina untuk tidak berlebihan, dan membeli rumah yang sesuai dan mampu milik. 

“Rumah baru ini memang milik isteri saya sepenuhnya. Biarlah ada rasa sedar diri yang saya ni hanya menumpang rezeki isteri selama ini.” 

“Syukur, alhamdulilah, rumah baru ni sudah pun cukup selesa untuk keluarga kecil kami. Ianya tidaklah besar dan tidaklah kecil. Mohon banyak kasih sayang dan juga kenangan yang akan terbina disini kelak.” 

Ada dua video house tour rumah baru pasangan ini. 

Video pertama, Hafiz menunjukkan rumah sewa yang lama, dan akhirnya menunjukkan rumah barunya itu. 

Untuk video kedua pula, Hafiz menunjukkan house tour penuh rumah yang dibuat oleh pihak yang membuat dekorasi rumah berkenaan. 

Rumah tersebut diubah suai dan didekorasi oleh syarikat bernama Legit Interior. 

Jelasnya, ubah suai rumah berkenaan mengambil masa selama tiga bulan saja. 

Ini video penuh house tour rumah mewah Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina. 

Tahniah diucapkan kepada Hafiz dan juga Aina. Semoga akan lebih sukses dan menjadi inspirasi kepada orang ramai.