View Chin dan Mira buat content atas katil, dihentam orang ramai

5,974 views

Ahli perniagaan yang juga pempengaruh terkenal iaitu View Chin, dan juga Amirah Aqilah kini semakin giat melakukan pelbagai video demi perniagaan. 

Dari content yang mereka lakukan, kedua mereka dilihat semakin terbuka memperlihatkan keakraban, malah sudah pun memanggil antara mereka dengan gelaran sayang. 

Namun begitu, baru-baru ini, satu video mereka telah mendapat kritikan dari orang ramai. 

Dari video berkenaan, ianya berkisarkan tentang pasangan suami isteri sedang tidur di atas katil dan si isteri telah bermimpi suaminya bermain kayu tiga. 

Captionnya berbunyi: “Bila mimpi suami curang, kau curang dalam mimpiku.” 

Ini video dari View Chin itu. 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata memberi komen yang kurang baik. 

Mereka merasakan content berkenaan tak wajar kerana kedua mereka berada di atas katil dan tidak diketahui apakah status mereka. 

Ramai yang tertanya sama ada mereka berdua ini benar-benar dah bernikah. 

Sekiranya benar sudah bergelar pasangan suami isteri, ramai yang mahu pasangan berkenaan mengumumkannya kepada umum agar tidak timbul desas desus. 

Ini antara komen dari orang ramai. 

“Minta maaf saya nak tahu, mereka dua ni sudah berkahwin ke” 

“Jikalau dah bernikah lebih elok beritahu kepada umum agar takdelah timbul fitnah tapi kalau belum, lebih baik elak buat content begini.” 

“Apabila rasa malu sudah takda dalam diri.” 

“Nikah dah kot agaknya. Kalau tak, takkan berani buat content camni.” 

Dalam pada itu, ada juga yang menyindir semula Mira dan juga View Chin kerana sebelum ini mereka yang curang dan bermain kayu tiga dengan bekas isteri. 

“Dia yang curang tapi cakap orang lain. Dah ambil suami orang pastu buat content yang kononnya dia yang baik.” 

View Chin dan Mira sebelum ini pernah tular apabila dikaitkan dengan kisah ahli perniagaan berkenaan yang curang dengan bekas isterinya.