Siti Nordiana terima kacip sirih karat dibalut kain kuning, turut terima surat bahasa siam

11,134 views

Kalau dah terkenal dan popular, memang menjadi kebiasaan akan ada peminat yang menghantar hadiah. Penyanyi Siti Nordiana juga selalu dapat hadiah dari para peminatnya.

Namun penyanyi berumur 37 tahun ini akui, dia banyak juga terima benda pelik sepanjang bergelar penyanyi. Barang pelik ini terus membuatkan Siti Nordiana terkedu dan terkejut sampai naik bulu romanya.

Antara yang pernah diterima ialah barang lama yang dah karat, yang dibalut kain bewarna kuning. Ini komen dari SIti Nordiana.

Sepanjang jadi penyanyi, saya memang banyak dapat hadiah yang pelik-pelik dari orang, kemungkinan ianya bukan hadiah dari peminat kot.

Pernah suatu ketika, lebih kurang tiga tahun lalu, saya ada persembahan di sebuah negeri ni. Habis saja buat show tu, saya terima hadiah dan ianya ialah kacip sirih lama yang telah pun berkarat dan dibalut dengan kain kuning. Terus terkejut saya masa itu.

Hadiah yang diterima selalunya akan dibuka oleh pengurusnya terlebih dulu, dan ketika kejadian tak ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.

Ada satu lagi hal yang diceritakan oleh Siti Nordiana. Ada satu surat telah disampaikan kepadanya dan ianya telah dibukan oleh pemandu peribadinya.

Surat berkenaan tertulis tulisan Bahasa Siam, dan tak lama lepas buka surat, pemandu berkenaan jatuh sakit.

Pemandu saya dapat surat berkenaan untuk saya. Tapi dia buka dulu, dan setelah dia buka, memang dah terpampang tulisan Siam pada kertas tersebut. Seminggu juga pemandu saya itu terus demam.

Ceritanya lagi, pernah juga dia ternampak lintasan atau kelibatan. “Saya kerap masuk kawasan pedalam buat show, dan ada ternampak lintasan atau kelibat. Harapnya dijauhkan jelmaan yang menakutkan.

Untuk melindungi diri dari anasir seperti ini, Siti Nordiana telah bertanya kepada ustaz dan disarankan untuk mengamalkan bacaan surah.