Shuk Sahar ada hadir ke mahkamah dengan peguam baru-baru ini dan dari caption, nampak bagaikan rumah tangganya dengan Rossa Sera nampak sudah berakhir.
Walaupun tidak ada kenyataan rasmi memang jelas Shuk Sahar beri gambaran perkahwinannya itu dah tamat setelah menulis dia dan Rossa Sera dah tiada jodoh lagi.
“Aku bukan jodohnya, semoga dipermudahkan segalanya.” Itu yang ditulis Shuk.
Membalas semula posting dari Shuk itu, Rossa Sera juag kemudian ada muatnaik satu video. Ini captionnya.
“Terima kasih, saya akan selalu saja doakan dan support awak. Kerja kuat untuk anak kita okey? Please kuat dan kita sama-samalah untuk move on.”
Rossa Sera turut mendedahkan beberapa paparan mesej dari Shuk yang cuba memujuknya dan berjanji nak berubah.
Malahan dari mesej itu, Shuk juga berkata dia tak akan kahwin dengan orang lain.
“Saya sedang tengah nak berubah, mahu jadi orang yang lebih baik. Saya janji tak akan kahwin. Saya tengah usahakan. Untuk saya nak balik.”
“Dan saya akan bagi awak serta anak-anak semua hidup senang. Awak tak tahu apa saya lalui. Saya kini tengah sakit dan sunyi. Saya memang tak kuat.”
“Demi tuhan, bahagia saya memang adalah awak. Cuma saya bodoh tertipu dengan bahagia yang palsu. Saya minta maaf.”
Rossa Sera ada menulis dan meminta Shuk berubah saja dan menyatakan dia tetap akan menyokong Shuk serta mendoakan Shuk berjaya.
Melihat cubaan dari Shuk Sahar untuk memujuk Rossa Sera itu, ramai netizen di laur sana yang memberi pesanan di ruangan komen agar Rossa Sera tak mudah terpengaruh lagi dan fikir masak-masak kerana ini bukan kali pertama berlaku.
Shuk Sahar dan Rossa Sera bernikah pada tahun 2015 dan mempunyai dua orang cahaya mata.