Tak bayar kereta mewah, influencer naik mahkamah diminta pulangkan Range Rover

4,219 views

Kerana tidak dapat meneruskan atau melunaskan bayaran bulanan sebuah kereta mewah, seorang usahawan yang juga seorang influencer telah naik ke mahkamah.

Influencer bernama Nor Farahiyah itu tidak melangsaikan pembayaran kerena mewah Range Rover Sport SVR V8 dan kerana itu, wanita berkenaan diminta dan dituntut untuk memulangkan semula kereta berkenaan kepada pihak syarikat CTG Capital Sdn Bhd.

Dari laporan portal Mstar, kereta itu mula dibeli oleh Farahiyah pada tahun 2019, namun kini dikatakan dah beberapa bulan wanita berkenaan tak dapat nak membayar kereta tersebut.

Kerana hal yang berkenaan, pihak syarikat CTG Capital Sendirian Berhad telah membuat satu tuntutan kepada Mahkamah Sesyen dan juga pihak Majistret Kuala Lumpur supaya Nor Farahiyah selaku defendan dalam kes tersebut harus pulangkan semula kereta itu.

Ketika prosiding, dapat dilihat Nor Farahiyah hadir ke mahkamah bersama suami, Mohamad Fareez yang merupakan pihak penjamin kepada fasiliti pembiayaan kereta itu.

Kes diperdengarkan pada hari Jumaat baru-baru ini antara kedua dua belah pihak.

Dari laporan, pihak Nor Farahiyah telah memohon kepada mahkamah agar diberi tempoh selama satu bulan untuk memulangkan kenderaan tersebut.

Permohonan dari pihak farahiyah itu akhirnya telah dipersetujui oleh pihak syarikat CTG Capital Sendirian Berhad.

Pihak mahkamah melalui Hakim, Nur Syafiqah Noorinda, telah memberi kebenaran dalam tempoh 30 hari kepada defendan iaitu Farahiyah, supaya memulangkan kereta berkenaan.

Kes ini bermula sejak bulan September tahun yang lalu apabila CTG Capital bertindak memfailkan permohonan kepada pihak mahkamah satu perintah pengambilan semula kereta Range Tover berkenaan.

Perintah permohonan berkenaan tidak dipatuhi oleh pihak influencer berkenaan. Sehingga kini Nor Farahiyah tidak ada memberi sebarang komen tentang kes ini.